Lelaki Ini Borong Mainan Esklusif Mcdonald Hello Kitty Carrier Dan Apa Lelaki Ini Buat Dengan Makanan McValue Meals Yang Banyak Itu Patut Dipuji

27hb November 2019 pasti anda akan rasa pelik kenapa pagi pagi penuh orang beratur di McDonalds seluruh Malaysia. Dikatakan ramai yang sanggup beratur panjang seawal jam 7 pagi hanya untuk memiliki set khas daripada McDonald’s ini.

Ianya ternyata menarik minat orang ramai untuk mendapatkan set khas yang sememangnya cantik ini. Untuk mendapatkan set khas ini, anda hanya perlu membeli satu set makanan di  McDonald’s terlebih dahulu kemudiannya buat pesanan tambahan Hello Kitty Carrier. Set ini dijual pada harga serendah RM29.90 sahaja.

Sejak semalam gambar di Facebook dan Instragram dibanjiri dengan watak kartun kanak kanak popular Hello Kitty. Ada yang belikan untuk anak anak tetapi ramai juga yang belikan untuk kepentingan sendiri. Maknanya mereka beli dan jual balik dengan harga yang melambung tinggi sehingga ada yang mencecah hampir RM1000.

Berbeza untuk saudara Nik Masbudiman Che Nik. Dia memuat naik satu status di Facebook beliau dimana dia menawarkan kepada sesiapa (rakan rakan) yang belum lagi ada Hello Kitty Carrier dan ingin memilikinya dia boleh tolong.

Menurut beliau, rakan yang bekerja di McDonalds memberitahu masih ada lagi stock Hello Kitty Carrier ini. Menurut beliau, ini semua terjadi apabila dia memuat naik gambar Hello Kitty carrier ini dan ramai yang bertanyakan samada masih ada stok lagi atau tidak.

Niat Beliau Patut Dipuji

Dia menyatakan akan mengambil order pada sesiapa ingin memilikinya dan ia harus dibeli dengan set McValue Meals. Dalam masa sejam ramai yang memberi pesanan kepada beliau.

Kebetulan saya post gambar carrier Hello Kitty kat whatsapp, ramai pulak yang pm nak. Saya beli satu ja, macam nak bagi kat semua orang kan? Fikir punya fikir, teringat client saya Store Manager Mcd. So saya whatsapp dia tanya ada stock tak? Dia cakap ada 600 unit lagi, tapi malam confirm habis.

.

So saya tanya boleh tak saya beli banyak2 kat Mcd dia. Dia cakap boleh ja kalau rajin. Sebab satu resit, satu mcvalue meals utk satu kitty. So sebab saya rajin telebih harini maka saya pon ulang2 la beli satu meals satu carrier kitty.

Makanan Banyak2 Nak Buat Apa?

Makanan yang dibeli sudah pasti tidak dapat dihabiskan, jadi apa yang beliau adalah makanan tersebut akan diberikan kepada gelandangan. Allhamdullilah.. Dia mengucapkan syukur kerana berjaya membantu rakan rakan beliau dan membantu memberi makanan kepada yang memerlukan.

Idea saya, carrier dapat kat orang yg order, makanan saya nak bagi kat gelandangan. Saya buka order sejam ja untuk saya tolong beli. Sebab habis beli tu saya terus nak ke Puduraya hantar meals kat gelandangan. Kalau lambat nanti tak fresh. So thats it. Alhamdulillah dapat bantu clients dan sahabat saya today. Mereka happy, ada gelandang yang happy sebab dapat McDonald dan saya juga happy sebab dapat bantu. #AgentBudiman #HelloKitty #Rezqi4All

 

Sumber : Nik Masbudiman Che Nik

Kalau dia nak beli banyak2 dan jual balik sudah tentu boleh tapi dia putuskan untuk membantu orang lain. Semoga Allah murahkan rezeki saudara Nik Masbudiman Che Nik dan dipermudahkan segala urusan selepas ini.

Artikel By: EE

Artikel Berkaitan : Beli RM29.90 Lepas Itu Tak Sampai Sehari Jual Balik RM999. Hello Kitty Dari McD Jadi Seperti Harga Berlian