‘Bergambar’ Dengan Mira Filzah, Ramai Puji Suntingan Lelaki Ini Nampak Real

Bagi ramai anak-anak muda, bertemu dengan selebriti kegemaran mereka adalah pengalaman yang paling bermakna dan dinanti-nantikan.

Namun tidak semua bernasib baik untuk bertemu dengan artis kesukaan mereka, lebih-lebih lagi jika artis itu adalah artis yang sedang hangat dalam industri hiburan dan sentiasa sibuk bekerja, seperti Mira Filzah.

Namun itu tidak menghalang seorang lelaki ini untuk merealisasikan impiannya untuk bergambar bersama Mira.

Dalam satu posting di Twitter, lelaki itu telah berkongsi foto dia bersama Mira Filzah di pantai, dan tanpa membaca kapsyen, pasti ramai tertanya-tanya bagaimana dia dapat berposing begitu mesra dengan pelakon terkenal itu.

Tetapi sebenarnya gambar berkenaan telah disunting oleh lelaki atas nama Fakrul itu dengan meletakkan Mira ke dalam gambarnya, membuat ramai yang terhibur dengan hasil yang realistik itu.

Malah Mira sendiri juga kagum dengan suntingan lelaki itu, mengundang lebih ramai netizen untuk menunjuk kebolehan mereka ‘bergambar’ dengan Mira

“Walaupun edit..tak ada…”

“Desperate sgt tu…”

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Twitter via HCL