Safawi Rasid Mampu Berdoa Dan Tawakal Dan Harapkan Rakyat Malaysia Dapat Bantu Dia

KUALA LUMPUR: Bintang bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Muhammad Safawi Rasid tidak menyangka gol jaringannya kini menduduki tangga kedua selepas dicalonkan bagi anugerah gol terbaik Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2019.

Pemain berusia 22 tahun itu berkata, semua calon yang tersenarai memiliki kehebatan tersendiri dan memberikan saingan sengit.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mengundi gol saya sebab saya rasa gol itu sangat penting sebab kita di pentas ACL (AFC Champions League), sebuah pentas yang besar dalam hidup saya. Jadi, jika menang saya amat menghargai (sokongan) rakyat Malaysia.

“Saya tidak jangka sebab saya rasa pemain dari Arab Saudi mungkin mendapat bantuan daripada penyokong Indonesia. Tetapi dengan semangat dan sokongan rakyat Malaysia, Alhamdulillah sekarang ini saya menduduki tangga kedua.

Ayuh rakyat Malaysia, undi Safawi Rasid untuk anugerah gol terbaik AFC!

Pemain sayap itu menjaringkan gol jarak jauh pada minit ke-60 perlawanan di Stadium Pusat Sukan Olimpik Jinan di Shandong, pada 9 April lalu.

“Perkara ini (kedudukan) dan pencalonan sudah buat saya gembira,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Bagaimanapun, Muhammad Safawi yang juga pemain skuad kebangsaan tidak mahu meletak harapan tinggi, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada rezeki dan sokongan peminat bola sepak tanah air.

“Saya secara jujur mengharapkan rezeki dan tawakal. Usaha daripada rakyat Malaysia, saya ucapkan terima kasih dan mungkin usaha (undi itu) boleh membuatkan saya menang pada pertandingan ini.

Undian terkini setakat jam 12 tengah hari, pada Ahad.

“Jadi saya sangat gembira dan teruja dengan anugerah gol tu,” kata Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2019 itu.

Setakat pukul 12 tengah hari ini, Muhammad Safawi menduduki tangga kedua dengan undian sebanyak 688,697 atau 48 peratus, iaitu di belakang pemain dari Kelab Persepolis, Shojae Khalilzadeh yang mendahului dengan 50 peratus.

Pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menyenaraikan jaringan Muhammad Safawi sebagai 10 gol terbaik selepas pemain itu berjaya meledak gawang Shandong Luneng dalam saingan peringkat kumpulan Liga AFC 2019.

Pemain sayap itu menjaringkan gol jarak jauh pada minit ke-60 perlawanan di Stadium Pusat Sukan Olimpik Jinan di Shandong, pada 9 April lalu.

Selain Muhammad Safawi, turut tersenarai adalah Islom Tukhtakhujaev dari PFC Lokomotiv, Gonzalo Viera (Al Rayyan), Sergio Antonio (Kashima Antlers), Khalilzadeh (Persepolis), Khojiakbar Alijonov (Pakhtakor Tashkent FK), Kim Dae-won dari Daegu FC, Romario Ricardo Silva (Al Ittihad), Khalid Muneer (Al Duhail) dan Fabrício dos Santos dari Urawa Reds.

Anda boleh mengundi jaringan Muhammad Safawi bagi membolehkan beliau memenangi anugerah tersebut di SINI

Sumber : ASTRO AWANI

Be the first to comment on "Safawi Rasid Mampu Berdoa Dan Tawakal Dan Harapkan Rakyat Malaysia Dapat Bantu Dia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*