“Sengih-Sengih Aku Ingat Zaman Kita Kira Duit Syiling Nak Minum Kat Mamak…” – Azhan Rani Kongsi Cerita

Azhan Rani dan Beto Kusyairy bukan nama asing dalam dunia lakonan. Walaupun mungkin perjalanan mereka tidak sepantas yang lain, namun hingga ke hari ini, lakonan mereka tetap berbekas di fikiran.

Malah dua pelakon prolifik ini sehingga kini masih menjadi pilihan pihak produksi serta stesen TV kerana lakonan dan komitmen mereka.

Di satu entri Instagram milik Azhan Rani, dia mengimbas kembali kenangan bersama sahabat baiknya itu.

“Terjumpa ni kat post aku 10 tahun dulu di FB. 10 tahun dulu aku pernah cakap macam ni (Wa cakap lu ni antara bintang yang bakal bersinar di Malaysia tak lama lagi. Beto Kusyairy sebagai Rosly Dhobi).

“Alhamdulillah syukur, bangga dengan kau sekarang sahabat Beto Kusyairy. Sengih2 aku ingat zaman kita kira duit syiling nak minum kat mamak. Allahuakbar,” tulis Azhan.

Pada entri yang sama, Beto turut meluahkan rasa buat sahabatnya itu.

“Allahu..kau pun apa kurangnya. Alhamdulillah atas laluan tu sahabat.

“Pengalaman tu & sama2 kongsi roti canai akan sentiasa tarik aku untuk terus pijak kat tanah & syukur aku share moment tu dengan kau & T. Terimakasih sahabat,” balas Beto di ruangan komen.

Begitulah kisah bersahabat. Susah dan senang sentiasa ada bersama.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak via MediaOhsem