“Kehidupan Berubah 360 Darjah, Sambil Mandi Pun Saya Menangis….“ – Ayda Jebat Luah Perasaan

Pelakon dan juga penyanyi Ayda Jebat memberi kenyataan bahawa adaa ketikanya dia tertekan dengan rutin harian dan komitmen kerja yang padat yang telah sekaligus mengubah kehidupannya. 

Berikutan itu, dia turut menyatakan ingin bertemu dengan ahli yang pakar untuk mengatasi masalah itu serta bagi mendapatkan nasihat berkaitan.

Kata Ayda ketika ditemui pada sidang media Rexona #afreshstart, di Petaling Jaya pada Khamis, kesibukan sebagai selebriti ada kalanya membuatkan dia lebih gemar mengisi masa sendiri apabila berada di rumah.

Its very pressure sebab hidup sebagai selebriti, kita bukan puaskan hati kita sendiri semata. Kita kena puaskan hati orang lainnya juga.

“Ada beberapa kali yang saya rasa seperti hampir alami depsresi.

“Sampai satu tahap, bila masuk toilet saya akan menangis kerana rasa betul-betul letih dengan apa yang berlaku,” kongsi penyanyi Temberang ini. 

Walaupun demikian, dia tidak pernah memikirkan untuk berhenti dari dunia hiburan untuk ketika ini.

Meski ada situasi yang rasa tertekan, tetapi saya tidaklah pernah terfikir untuk bersara.“Cuma ada ketikanya rasa down. Saya anggap itu normal. Saya betul-betul perlukan mood, setiap hari kena ada sesuatu yang buatkan saya jadi lebih bersemangat.

Sebabnya, mahu semua sukakan apa sahaja yang kita buat bukan sesuatu yang senang,” ulas duta terbaharu Rexona ini lanjut.

Ayda sendiri turut berkongsi masalah tekanan yang kadangkala dihadapi olehnya walaupun dia seringkali dilihat sebagai seorang yang riang. 

Ada satu ketika saya rasa tak boleh asyik nak bersedih. It’s a very good terapi bila menangis.“Saya suka nangis bila masa saya penat. Bila balik kerja, saya dah tak sabar-sabar untuk menangis.

Orang tengok saya seorang yang cheerfull dekat luar dan asyik gelak-gelak. Bila balik tu, saya akan menangis. Sambil mandi saya akan menangis.

“Kadang ada betulnya juga bila orang kata, jangan ketawa banyak sangat, nanti menangis,” seloroh Ayda.

Walaubagaimanapu, Ayda menyatakan bahawa dia lebih banyak berkongsi masalah dengan orang terdekat supaya dapat mengatasi perkara tersebut dengan lebih baik. 

Ayda kini sedang meningkat naik dengan drama lakonannya bersama Syukri Yahya iaitu Asalkan Dia Bahagia yang ditayangkan di TV3. 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:MH via NoteUntukAwak