“Ayah Jangan La Dengan Perempuan Lain…Kesian Mama” – Wawa Zainal Muatnaik Lakonan Aeril Zafrel Buat Hayla Menangis

PELAKON Wawa Zainal memberitahu anak perempuannya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 3, menangis kerana tidak membenarkan suaminya, Aeril Zafrel bermesra dengan wanita lain.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 27, berkata Hayla bertindak memukvl dan mencakar Aeril selepas melihat video bapanya sedang berlakon bersama pelakon Siti Elizad.

“Hayla tengok video ni tadi. Dia cakap ‘ayah janganlah dengan perempuan lain. Kesian mama’.

Wawa dedah anaknya, Hayla menangis melihat Aeril bersama wanita lain.

“Dan Aeril terus mainkan video itu lama-lama, Hayla menangis habis dia pvkul, dia cakar ayah dia.

“Dia jerit kesian mama!!! Ya Allah terharu I sampai nak menangis… Macam siapa ajar dia ni?,” tulis Wawa menerusi laman Instagram miliknya.

Wawa mendedahkan perkara tersebut di laman sosialnya dengan memuat naik video Aeril sedang melakokan salah satu babak bersama Siti Elizad dalam drama Cinta Tanpa Henti.

Dalam pada itu, Wawa tidak menyangka anaknya yang baru berusia tiga tahun sudah dapat memahami situasi tersebut.

Keluarga bahagia Wawa dan Aeril.

Bagaimanapun, pelakon telemovie Biarkan Cinta Tersenyum Lagi ini menjelaskan kepada anaknya bahawa situasi yang dilihatnya itu hanyalah sekadar lakonan.

“Awak baru tiga tahun sayang tapi dah faham. Sampai sekarang tak boleh lupa situasi itu. Harap-harap ayah dia ingatlah sampai bila-bila.

“Selepas itu, kami pun jelaskan tu lakonan saja. Lama jugalah baru dia berhenti menangis. Alahai anak… Ayah tengah jalani penggambaran,” ujarnya.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakharuddin Attar, 5, dan Hayla.

Pasti ramai yang mengenali dengan pasangan selebriti ini, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan. Malah pasangan ini sangat digemari oleh netizen kerana mereka dilihat sangat sporting dan turut digelar sebagai pasangan ‘sweet’.

Terbaru, Wawa Zainal telah memuatnaik satu video yang menunjukkan lakonan suaminya Aeril Zafrel bersama pelakon wanita Siti Elizad .Namun, Aeril Zafrel terus memainkan rakaman video tersebut di hadapan anak perempuan mereka, Hayla sehinggakan si kecil itu menangis. 

Kapsyen IG : 

hayla tgk video ni tadi.. dia cakap ‘ayah jangan la dgn perempuan lain.. kesian mama’.. and aeril keep play the video lama2 hayla nangis habis dia pvkul dia cakar ayah dia .. & jerit kesian mama!! YA ALLAH terharu i smpi nak menangis.. like siapa ajar dia ni?? u are only 3 syg tapi da faham😭😭😭😭 sampai skg tak boleh lupa that moment😰 harap2 ayah dia igt la smpi bila2🤣🤣 then kitorang pun explain tu shootingg je.. lama jgk la baru dia berenti nangis😂😂 alahai anak ..ayah tgh shooting #cintatanpahenti tu #unforgettablemoment

VIDEO : 

Rata-rata pengikut Wawa Zainal di laman Instagram merasa lucu dan memuji kepandaian Hayla yang baru 3 tahun namun sudah memahami hal orang dewasa.

Dia sayang mak ayah dia…

Hayla so clever…

Alolo Hayla…Ayah sayang Mama Hayla seorang je…

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  

 

Sumber  : Instagram Wawa Zainal