Warganet sangka Asad Motawh mengandungkan kekasihnya. Akhirnya ibu tampil dedahkan apa sebenarnya yang telah terjadi.

Ibu As’ad Motawh berkata terdapat babak rekaan dalam MV lagu Selamanya. MUZIK video lagu baharu As’ad Motawh berjudul Selamanya menceritakan kisah benar pengalaman penyanyi itu berdepan dengan kemvrungan mendapat perhatian warganet.

Bagaimanapun, ibu kepada penyanyi itu, Datuk Yustita J Al-Djabbarn menjelaskan, terdapat beberapa babak yang ditambah untuk menjadikan jalan cerita lebih dramatik. Katanya, ia termasuk satu babak seorang wanita yang melakonkan watak kekasih As’ad menunjukkan alat ujian kehamilan. “Kepada kelab peminat Asadious yang mesej peribadi aunty, (tanya) betulkah As’ad hamilkan teman wanitanya? Jawapannya, belum pernah dan Insya-Allah tidak pernah! Itu hanyalah cerita di dalam MV sahaja.

Penjelasan Yustita di Instagram.

“Begitu juga dengan adegan di mana aunty terlantar s4kit dan As’ad kelihatan seperti seorang yang sudah hilang akal menyusun banyak gelas yang berisi air. Selamanya mengisahkan tentang pengalaman As’ad yang pernah melalui kemurvngan akibat dikriiik hebat oleh h4ters. Skrip cerita di dalam MV Selamanya telah diubahsuai untuk menjadikan ia kelihatan lebih dramatik dan mendebarkan,” katanya.

Yustita menjelaskan mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Khamis. Dalam pada itu, Yustita berharap penjelasannya itu dapat mengubah persepsi buruk penonton yang menganggap MV itu berdasarkan kisah benar perjalanan hidup As’ad sepenuhnya.

Peminat memuji perjalanan kisah dalam MV lagu tersebut. Dalam pada itu, dia turut berterima kasih dengan sokongan peminat yang tidak henti-henti menyokong karier seni penyanyi berusia 18 tahun itu. “Semoga penjelasan ini mencerahkan persepsi dan prasangka semua. Terima kasih AsadiousYou are amazing, your care, love and prayers will surround As’ad Motawh and family with unbreakable protection. Amin Ya Allah,” katanya.

Muzik video lagu tersebut sudah boleh ditonton di Youtube dan menerima hampir 300,000 jumlah tontonan sejak dimuat naik pada 13 September lalu. Selamanya merupakan lagu ciptaan As’ad Motawh dan Isma Sane. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Artikel lain : Peminat wanita menerpa peluk As’ad Motawh

SEORANG remaja wanita bertindak menuju ke pentas ketika penyanyi sensasi As’ad Motawh mengadakan persembahan di hadapan 300 peminat menerusi The Percaya Tour yang berlangsung di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada petang Sabtu.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik penyanyi berusia 18 tahun itu di Instagram, remaja berkenaan kelihatan tiba-tiba meluru ke atas pentas ketika As’ad sedang menyanyi sebelum bertindak memeluknya dengan erat.

Akibat kejadian itu, As’ad nyaris terjatuh namun masih dapat mengawal keadaan sebelum dua anggota keselematan membawa turun peminatnya itu ke bawah. Bercakap mengenai kejadian itu, As’ad memberitahu dia terkejut apabila didatangi peminat secara melulu selain dia turut mengalami kesakitan akibat pelukan itu.

As’ad kini sibuk dengan The Percaya Tour di seluruh Malaysia. 

Bagaimanapun katanya dia tidak mengalami sebarang kelukaan dan dapat meneruskan persembahannya selepas wanita itu dibawa turun oleh pengawal. “Memang saya terkejut apabila wanita tersebut secara tiba-tiba naik ke atas pentas dan terus bertindak memelvk saya.

Saya cuma berharap individu tersebut tidak mengalami sebarang kelukaan akibat dihalang dua pihak keselamatan ketika kejadian. AS’AD MOTAWH, PENYANYI. “Namun saya bernasib baik pihak keselamatan pantas menghalang wanita tersebut daripada bersikap lebih agresif. Saya juga mengalami sedikit kesakitan apabila dipelvk dengan kuat sehingga hampir terjatuh,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, As’ad berkata, dia menganggap kejadian itu sebagai kecil malah berharap individu tersebut berada dalam keadaan baik memandangkan dia ditarik pengawal untuk turun dari pentas. Tambah As’ad, dia berhasrat untuk bertemu dengan wanita tersebut jika diberi kesempatan pada masa akan datang.

“Saya cuma berharap individu tersebut tidak mengalami sebarang kelukaan akibat dihalang dua pihak keselamatan ketika kejadian. Bagaimanapun saya berhasrat untuk bertemu dia jika diberi peluang dan meminta kerjasama semua peminat agar tidak melakukan sebarang tindakan luar jangkaan di lokasi jelajah saya seterusnya,” ujar As’ad.

Penyanyi lagu yang popular dengan lagu Senyum itu akan meneruskan persembahan jelajahnya di Mahkota Parade, Melaka pada Ahad sebelum ke Plaza Angsana Johor Bahru (9 Mac), Centre Square Sungai Petani (23 Mac), Kuantan Mall, Pahang (30 Mac) dan Centre Point Kota Kinabalu (6 April). The Percaya Tour turut menampilkan bintang baharu Isma Sane dan kumpulan Outbreak.

SUMBER : Mstar

Artikel lain : 5 Perkara Tentang As’ad Motawh Yang Mungkin Korang Tidak Tahu

Episod terjatuh semasa sebuah acara fesyen, dikecam netizen kerana suara tidak sampai dan macam-macam perkara lagi sama sekali tidak akan melemahkan semangat remaja bernama As’ad Motawh ini. Malah semua pengalaman yang dikutip oleh penyanyi (dan kini juga bergelar pelakon!) menjadikannya lebih bersemangat, matang dan kuat dari dalaman.

Pada usia yang cukup muda, As’ad melakukan sesuatu yang dianggap cukup sukar satu ketika dahulu. Menembusi pasaran Indonesia. Bukan calang-calang selebriti berjaya berbuat sedemikian. Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Search, Sheila Majid dan Bront Palarae.

“Bagi saya, semua itu mengajar saya untuk belajar dengan cepat. One moment you’re down, but you always need to pick yourself up dengan cepat. Saya terlalu muda, namun itu bukan alasan not to go after my dreams. Untuk menjadi penyanyi yang lebih baik, banyak perkara yang perlu saya belajar. Bukan saja dari segi teknik nyanyian, malah perlu belajar untuk sentiasa rendah diri dan tahu menerima kritikan membina,” kongsi As’ad

Walaupun sering berkongsi posting baru di Instagram, namun masih ada perkara yang kekal rahsia mengenai As’ad. Antara… Siapa sangka remaja berusia 17 tahun ini pandai ber-beatbox. Pelakon kegemaran As’ad katanya ialah Daiyan Trisha. Eh, suka sebab Buskers eh? Hehe. Kata As’ad, bukan saja Daiyan cantik tetapi juga kerana dia berbakat dan pandai membawa diri. Selain daripada gitar, As’ad juga mahir untuk bermain dram dan piano.

Nampak je kurus meninggi tetapi As’ad pun aktif bersukan tahu tak. Antara acara yang pernah disertainya adalah sukan olahraga 100 meter dan As’ad juga pernag bertindak sebagai penjaga gol. Wow, siapa kata orang kurus tak boleh jaga gol? Ramai yang berkata wajah As’ad ini sesuai dengan imej skaters. Jawapannya, Tepat sekali! Dia sering menemani adiknya, Ashraf Motawh untuk aktiviti skating di jalanan.

SUMBER : Asad Motawh

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber