Gambar Panas Zul Ariffin, Aqasha Komen Tentang Bahayanya Zaman Sekarang Bila Perkara Itu Terkena Dekat Rakan Sendiri

Pelakon dan penyanyi Firdee Akassya atau lebih dikenali dengan nama Aqasha meminta supaya golongan selebriti berhati-hati dengan aplikasi ‘deepfake’.

Oleh itu, dia berharap agar orang ramai tidak terlalu cepat menjatuhkan hukuman atau membuat andaian ke atas sesuatu perkara yang belum pasti kesahihannya.

Kata Aqasha lagi, di Amerika Syarikat (AS) sudah ramai orang kenamaan dan selebriti menjadi mangsa kecanggihan teknologi.

“When You Got Deepfaked You’re In Deepsh*t” – Aqasha Harap Rakan Selebriti Hati-Hati

“Di AS memang popular aplikasi ‘deesh*t’ ni. Ramai juga selebriti dan orang kenamaan yang menjadi mangsa suntingan ‘deepsh*t’.

“Antaranya bekas presiden AS, Barrack Obama, Tom Cruise, Keanu Reeves dan ramai lagi yang terkena.

“Oleh itu saya harap kita semua jangalah terlalu cepat menjatuhkan hukuman, membuat andaian itu dan ini, kerana itu tidak patut,” katanya.

Dalam pada itu, Aqasha berharap agar rakan-rakan selebriti lebih berhati-hati ketika berkomunikasi dengan individu tidak dikenali atau sesiapa sahaja.

“Saya berharap agar rakan-rakan selebriti di Malaysia akan lebih berhati-hati dengan sesiapa sahaja kita berkomunikasi.

“Kita tak boleh baca fikiran orang, kita tak tahu apa niat orang ..Rambut sama hitam, hati lain-lain. Semoga Allah SWT melindungi kita semua daripada fitnah,” katanya.

Aqasha berkongsi mengenai pandangannya itu dalam sebuah video yang dimuat naik di laman sosial Instagram (IG) pada Rabu lalu.

View this post on Instagram

People…beware of deepshit. CORRECTION! It's deepfake people! Only when you got deepfaked you're in deepshit.

A post shared by Aqasha (@theaqasha) on

Terdahulu pada Selasa lalu, tular video seorang lelaki mirip pelakon Zul Ariffin beraksi panas ketika sedang berkomunikasi dengan seseorang berkemungkinan menerusi panggilan video.

Perkara tersebut kemudiannya di nafikan oleh Zul dan mendakwa dirinya menjadi mangsa suntingan aplikasi ‘deepfake’.

‘Deepfake’ adalah aplikasi padanan wajah individu dipadankan dengan wajah individu lain yang diinginkan.

Mula dibangunkan di China, ciri ini kini boleh didapati di dalam beberapa aplikasi yang boleh dimuaturun secara percuma di telefon bimbit.

 

Sumber : GEMPAK DOT COM

Be the first to comment on "Gambar Panas Zul Ariffin, Aqasha Komen Tentang Bahayanya Zaman Sekarang Bila Perkara Itu Terkena Dekat Rakan Sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*