Netizen Puji Tindakan Anggota Polis Bantu Ibu Berpantang Yang Menaiki Motor Bersama 3 Anaknya

KEPRIHATINAN polis membantu empat beranak termasuk bayi berusia 20 hari pulang ke rumah mereka di Kampung Melayu Subang, Shah Alam mendapat reaksi positif netizen.

Bantuan itu diberikan empat anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam selepas melihat keluarga berkenaan menaiki motosikal di Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), kira-kira jam 10 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, semua anggota trafik yang menaiki kenderaan peronda jenis Pajero itu sedang menuju ke Jalan Persiaran Mokhtar Dahari, di sini.

“Setibanya di sekitar Seksyen 13, anggota kita terserempak dengan empat beranak berkenaan yang menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX5.

“Menyedari risiko dihadapi keluarga itu yang melalui GCE, anggota kita bertindak menahan motosikal berkenaan untuk bertanyakan hala tuju destinasi mereka.

“Atas dasar prihatin, empat ahli keluarga itu terdiri daripada seorang wanita yang masih berpantang dan tiga anaknya dibawa menaiki Pajero berkenaan,” katanya.

Kata Baharudin, keluarga itu termasuk seorang bayi selamat dihantar ke rumah mereka di Kampung Melayu Subang.

“Sejurus selesai, empat anggota trafik itu kemudian meneruskan semula tugasan mereka di lokasi yang dituju,” katanya.

Keprihatinan anggota polis trafik itu tular di Facebook (FB) Friend Of PDRM dengan menerima 2,600 tanda suka dan lebih 100 perkongsian.

Rata-rata netizen memuji usaha murni itu termasuk mendoakan kesejahteraan semua anggota polis berkenaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tauladan yang baik…

Moga Allah membalas budi anggota…

Terima kasih tuan…

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Harian Metro