“Ah Sedey Aku..”- Anak Rita Rudaini ‘Nangis’ Tapi Daddy Orang Lain Pujuk, Buat Ramai Sebak!

Umumnya ramai mengetahui mengenai kisah pelakon terkenal, Rita Rudaini yang kini telah menjadi ibu tunggal kepada dua orang anaknya.

Namun, siapa sangka disebalik kuatnya seorang ibu membesarkan anak pasti ada juga rasa sebak. Itulah yang dialami oleh Rita disaat anaknya sedih.

Sebak pulak..

Kelihatan Airit Ryan menangis gara-gara mendapat tempat kedua namun netizen turut merasa sebak melihat keadaan Airit. Apapun di ruangan komen, netizen juga memberikan kata semangat selain mendoakan selebriti ini dan anak-anaknya.

Dr jauh mommy dah nmpk muka dia frust…mmg xnak tegur..n biar dia duduk sorang2…ambik masa bertenang….last2 nangis jugak…mommy sebak jugak sbnarnya sebak sbb tgk daddy org lain plak g pujuk n peluk dia 😭 ryan terlampau sedih sbb dr P1,P2,P3 GREEN HOUSE CHAMPION…tahun ni jatuh no 2…its ok syg..ryan tetap no 1 di hati mommy ❤️ @airitryan727

 

 

Tabahlah Ryan..

Sian dia saya pun turut sebak..

‘Anak Hadiah Kek Pisang Buat Rita Rudaini’ – Netizen Terkejut Bila Tahu Umur Sebenar Rita!

PELAKON popular Rita Rudaini sebak dan terharu menerima kek pisang daripada dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Rafqa Arjuna, 8, sempena hari jadinya yang ke-43, semalam.

Rita berkata, dia tidak menjangka kedua-dua anaknya akan membuat kejutan itu selepas pulang dari sekolah.

“Sejujurnya, tindakan mereka itu buat saya tersentuh. Pulang sekolah, mereka berikan dua hiris kek pisang yang dibeli di kantin dan ucap ’selamat hari jadi mummy’. Memang sedih dan sebak. Walaupun kek pisang, tapi mereka ingat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Comei kek depa bawak mlm smlm 😂 @sudyrtahir @afilsyazwan ❤️

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on

“Mereka tahu hari jadi saya. Macam Rayyan bukan saja tarikh lahir saya, tapi juga adik, nenek dan sepupu dia ingat.

“Jadi macam hari ini (semalam) tidak menjangka dia akan bawa balik kek pisang,” katanya kepada Harian Metro.

Rita yang bakal muncul dalam drama Voicenote di slot Samarinda, TV3, berdoa dan berharap pada usia itu dia terus diberi kesihatan baik supaya dapat membesarkan dua anaknya.

“Soal sambutan hari jadi, tidak berharap pun. Kalau boleh tak nak sambut sangat sebab sudah tua, cukuplah. Tidak ada ‘feel’ nak sambut. Kalau ada, adalah sebagai tanda orang ingat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tq tulang belakang ku @ritarudainifansclub ❤️❤️❤️❤️

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on

“Apa yang penting, saya diberi kesihatan yang baik supaya dapat besarkan anak sampai mereka dewasa dan sihat tubuh badan. Itu saja saya mahu,” katanya.

Ditanya soal jodoh, Rita tidak menolak takdir dan ketentuan Allah SWT.

“Kalau boleh sudah tak nak. Tapi, kalau ditakdirkan Allah hantar seseorang, saya terima saja. Moga yang baik-baik untuk anak,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Swipe di IG Stories @myhmrap untuk video penuh 😘

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on

KOMEN NETIZEN :

43 wow … still look young and beatifull 😘 Happy bday god bless you . Stay healthy

awat muka hang x tua2..cek ni..umur br 30an..org ingat dh 40 lebih dh😭😭

VIDEO PENUH:

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Rita Rudaini via HCL