[VIDEO] “Kurniaan Allah, Bertambah Cantik Aurat Terjaga Sempurna…” – Anak Norman Hakim Tarik Perhatian Peminat

0
198

Anak kepada pelakon, Norman Hakim iaitu Marissa Dania menjadi tumpuan para peminat di Instagram.

Semua gara-gara Norman Hakim yang membawa anak-anaknya makan dan memuat naik foto di laman Instagram.

Bagaimanapun boleh dikatakan semua komen tertumpu kepada anak perempuannya yang manis bertudung labuh.

Rata-rata peminat memuji Norman Hakim dan bekas isterinya dalam mendidik anak-anak mereka dengan begitu baik sekali.

Sebelum ini Abby Abadi telah dimasukkan ke hospital kerana demam. Norman Hakim telah datang dan tolong hantar anak-anak mereka untuk balik ke asrama.

Dalam pada itu Abby Abadi juga sempat mengirimkan salam buat isteri Norman Hakim yang juga dikatakan sedang tidak sihat akibat keracunan makanan.

Tulisnya pada kapsyen video:

“Terima Kasih datang @normanhakim_786 & tolong hantar anak2, @danishhakimofficial & @marissadaniaaaaa_ balik asrama.

“Kirim salam @memeysuhaiza yer.. sian adik kita..sakit juga ye huhu. Keracunan makanan juga ke? Dengar dah 3/4hari dah… Kalau lagi 2 hari tak ok, dtg hospital tau..”

Abby Abadi yang merupakan bekas isteri kepada Norman Hakim, mempunyai 3 orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Malangnya pada tahun 2009 mereka telah disahkan bercer4i. Hak penjagaan anak diserahkan sepenuhnya kepada Abby Abadi selaku ibu.

Walaubagaimanapun hubungannya bersama bekas suami masih baik dan mereka sentiasa dilihat mesra apabila berjumpa untuk anak-anak.

Malah, isteri Norman Hakim juga faham dan boleh bertoleransi demi kebahagiaan anak-anak mereka.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: YOYnetwork

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here