‘Anak-anak saya juga ada hak’

“SAYA berharap dua anak saya turut menerima sumbangan dan bantuan kerana mereka juga anak kepada Allahy4rham Mejar Mohd Zahir Armaya, namun apa yang berlaku sekarang ialah bantuan seolah tidak sampai kepada dua anak saya sedangkan difahamkan terlalu banyak sumbangan daripada pelbagai pihak,” kata bekas isteri Allahy4rham Mohd Zahir, Jamilah Ismail.

Jamilah, 37, yang mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Mohd Zahir selama sepuluh tahun sebelum berpisah Mac tahun lalu berkata, setakat ini dua anaknya, Mohamad Remy Iskandar Mohd Zahir, 8 dan Mohamad Ebel Zulkarnain, 9, hanya menerima RM1,500 sumbangan Yayasan Kasih sebagai perbelanjaan persekolahan dan keperluan lain.

Katanya, sebagai ibu tunggal yang hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan RM25 sehari, bantuan amat diperlukan bagi menyara dua anaknya kerana difahamkan sumbangan untuk mereka berdua banyak diterima daripada pelbagai pihak.

Menurutnya, dia bukan berniat untuk menagih simpati dan merayu pada mana-mana pihak bagi kepentingan peribadi tetapi demi kebajikan dua anak perwira negara yang terk0rban yang sebelum ini mengharumkan nama negara sebagai anggota komando.

“Saya amat terkilan apabila begitu banyak bantuan yang dihulurkan pelbagai pihak termasuk sumbangan kerajaan yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail baru-baru ini, semuanya tidak diterima oleh Mohamad Remy Iskandar dan Mohamad Ebel Zulkarnain kecuali yang diberikan oleh Yayasan Kasih dan beberapa sumbangan peribadi sahaja.

“Banyak pihak beranggapan dua anak saya menerima banyak sumbangan dalam bentuk kewangan terutama apabila media melaporkan banyak pihak tampil menghulurkan bantuan sebagai tanda simpati.

“Saya ingin jelaskan bahawa dua anak saya kini seolah tidak wujud sedangkan mereka sepatutnya mendapat perhatian yang lebih kerana mereka anak hasil perkahwinan pertama arw4h ayah mereka” katanya yang menetap di Peramu Jaya, di Pekan.

Beliau berkata, dua anaknya kini belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Peramu Jaya 2, Pekan dan mereka memerlukan wang saku RM10 setiap hari.

Bagaimanapun, dengan pendapatan tidak seberapa ianya begitu membebankan dirinya.

Jamilah berkata, dia juga terkilan apabila sebelum ini banyak pihak berjanji untuk datang melawat dua anak arw4h namun hingga kini bayang pihak terbabit tidak kelihatan.

Katanya, hak anak yatim perlu diutamakan kerana mereka masih kecil dan memerlukan sokongan berbentuk kewangan dan kemudahan lain.

Menurut Jamilah, dia bimbang hak anak yatim diabaikan begitu sahaja.

“Saya berharap pihak yang berkaitan supaya tidak terus terlepas pandang terhadap dua anak arw4h yang berada di Peramu Jaya ini kerana dia mempunyai hak.

“Berdosa besar mana-mana pihak yang bertindak menggunakan wang sumbangan untuk anak yatim,” katanya bersyukur bekas bapa mentuanya AR Badul banyak memberi sokongan.

Mohd Zahir seorang anggota komando meninggal dunia ketika melakukan demonstrasi keupayaan sempena pelancaran penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) di Kem Kok Lawi, Sabah.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber  : HM