Akhirnya Anak A. Aida Cerita Perkara Sebenar Apa Yang Berlaku!

Penerbit, Datuk A. Aida baru sahaja melakukan pengumuman di sidang media khas berikutan kes percer4ian bersama pelakon Ariff Aziz 25 April lalu.

Lalu, MH ada meminta pandangan anak-anak penerbit terkenal ini mengenai perpisahan yang berlaku.

Luah dua anaknya iaitu Wan Az Aleesa, 23 dan Wan Azevanatasha,18, mereka sepakat  menerima keputusan yang dilakukan si ibu andai itu yang terbaik.

Mama memang tanya kita dulu. Masa dekat Mesir, mama pun tertanya-tanya patutkah dia buat semua ni (keputusan berpisah).

“Setelah berbincang, kami beritahu ini mungkin yang terbaik,” jelas mereka.

Ditanya mengenai pandangan mereka bahawa perkahwinan singkat si ibu turut dilakukan secara terburu-buru, ini kata mereka;

Kami pun okay saja. Asalkan Mama gembira, kami pun gembiralah. Cuma kalau lelaki tu okay, dia cuba kenal ahli keluarga terlebih dulu.

“Maknanya, sebelum kahwin dia kena ambil hati keluarga dulu juga.

“Sebab hati Mama pasti dia sudah miliki, tapi hati keluarga belum tentu lagi. Jadi dia kena berusaha untuk menangi hati ahli keluarga lainnya.

Mungkin perkenalan itu singkat, kenal tu memang kenal. Pernah jumpa tapi tidak terlalu mengenali sejauh mana dia kenal kita. Sangat terburu-buru,” ulas mereka lagi.

Bekas Suami Beza Umur 19 Tahun, Ini Pandangan Datuk A.Aida Mengenai Hubungan Dengan Lelaki Muda

Penerbit Datuk A.Aida, 49, yang baru sahaja mengumumkan sudah pun bercerai talak satu dengan pelakon Ariff Aziz, 30, yang dikahwininya kira-kira 10 bulan lalu mengakui dia tidak boleh menutup mulut masyarakat terhadap pelbagai spekulasi yang timbul selepas mengetahui status terkininya.

“Bagi saya kita tak boleh menutup mulut masyarakat di luar sana. Cuma saya nak tekankan di sini, jodoh dan ajal itu rahsia Allah.

“Siapa yang kahwin nak cerai-berai. Semua nak kahwin hingga ke jannah. Tapi kalau tak ada jodoh nak buat macam mana,” kongsi Aida menerusi sidang media.

Ditanya mengenai apakah pandangannya terhadap perhubungan dengan lelaki yang jauh lebih muda berbanding wanita, A. Aida mempunyai pendapatnya sendiri.

Katanya kematangan bukanlah bergantung kepada usia seseorang semata-mata.

“Mungkin ya dan mungkin tidak. Ada kenalan saya yang berkahwin dengan lelaki yang 12 tahun lebih muda daripadanya. Akan tetapi bahagia sampai sekarang.

“Bagi saya kematangan itu bukanlah bergantung kepada umur. Ada okay dan sebaliknya,” kongsi Aida lagi.

Mengulas mengenai pertanyaan pihak media sama ada mungkin keduanya ada harapan untuk rujuk kembali, ini jawabnya;

“Taklah kot, takde dah,” katanya ringkas.

Ikuti temu bual penuh bersama wanita kuat ini menerusi FB Live MH;

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Media Hiburan