“Apa yang saya lakukan adalah salah” – Ammar Alfian kecewa isteri tetap nak malukan lepas minta maaf

SUSULAN pendedahan terbaharu isteri Ammar Alfian iaitu Nelissa Nezam di media sosial, pelakon itu akhirnya mengakui pernah melakukan kesalahan terhadap wanita itu.

Walaupun tidak menyatakan bentuk kesalahan yang dimaksudkannya itu, pelakon filem Paskal berkenaan berkataan dia juga sudah berkali-kali menyatakan permohonan maaf kepada isterinya.

Bagaimanapun Ammar meluahkan kekecewaannya apabila Nelissa memilih untuk memperbesarkan isu berkenaan hingga memalukan dia kepada umum.

“Fokus saya adalah pada anak lelaki saya yang bakal lahir, tiada benda lain yang penting. Saya dah buat pilihan untuk berdiam diri dan selesaikan masalah ini antara saya dan isteri.

“Tetapi isteri saya mahu memalukan saya pada khalayak ramai, saya takkan main permainan dia,” katanya.

Ammar membuat penjelasan tersebut menerusi Instagram pada Khamis.

Perkongsian Ammar di Instagram.

Ia berikutan pada Rabu malam, Nelissa sekali lagi tampil membongkarkan perlakuan curang suaminya itu dengan mendedahkan perbualan menerusi aplikasi Whatsapp antara mereka berhubung isu berkenaan.

Nelissa membuat penjelasan tersebut selepas berang dengan kenyataan Ammar sebelum ini yang menafikan dakwaannya itu.

Sementara itu, Ammar mengakui ada melakukan tindakan yang salah terhadap Nelissa dan sudah membuat permohonan maaf.

Namun, isterinya itu enggan menerima penjelasannya dan memilih untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan berkongsi di laman sosial.

“Saya tahu apa yang saya lakukan adalah salah dan sudah pun meminta maaf berkali-kali sebelum ni pada isteri saya, tapi ini hukuman yang saya dapat dari dia. Saya reda dan terima kerana ini semua dari Allah.

Nelissa berkongsi paparan skrin perbualan  mereka di Instagram.

“Seperti mana saya pernah beritahu sebelum ni, kamu semua tak boleh faham dan tak mahu dengar (penjelasan) belah pihak saya, jadi buat apa saya perlu jelaskan apa-apa. Cukup bagi saya, Nel isteri saya, ibu bapa saya dan ibu bapanya tahu.

“Isteri saya yang memilih cara penyelesaian seperti ini, harap dia berpuas hati setelah motif tercapai. Di bulan Ramadan yang mulia ini, pada semua saya meminta maaf, saya pendosa dan saya percaya Allah Akan memaafkan hambaNya yang datang padaNya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ammar berkata dia sedang berusaha untuk menyelamatkan perkahwinannya dan percaya ada hikmah di atas setiap apa yang berlaku.

“Ini merupakan post saya yang terakhir tentang isu ini. Tolong hormati perkahwinan saya dan beri saya ruang untuk selamatkan perkahwinan saya.

“Saya harap perjalanan hidup saya lebih tenang dan dekat pada Allah selepas ini, sesuatu yang berlaku ada hikmahnya,” ujarnya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: mStar