“Posing dah macam budak 18 tahun walaupun…” – Amelina bergaya tak ikut umur

PENAMPILAN penyanyi dangdut terkenal, Amelina ketika sedang menjalani sesi penggambaran di sebuah studio pada Rabu mengundang kecaman netizen di media sosial.

Amelina yang mengenakan pakaian yang kelihatan agak seksi dan mencolok mata itu dianggap tidak sesuai dengan usianya yang kini sudah mencecah 43 tahun.

Dalam sesi penggambaran tersebut, Amelina dilihat memakai dress yang terbuka pada bahagian dada bersama choker (rantai leher) dan topi.

Amelina dikatakan semakin seksi.

Amelina atau lebih mesra disapa Kak Long menerusi kapsyen memberitahu dia berusaha untuk memberikan gaya seperti seorang remaja.

“Bila Kaklong berusaha keras nak posing macam budak 18 tahun walaupun…” tulisnya.

Rata-rata netizen berasa kurang senang dengan penampilannya itu.

Antara komen netizen di IG Amelina.

Tambahan pula, Amelina berstatus ibu tunggal kepada enam orang cahaya mata.

“Kak Long tak payah la nak pose gaya budak-budak 18 tahun ke apa… bergayalah ikut umur sendiri. Tak manis kita tengok macam tu. Tak sesuai pun dengan umur. Baju tu dah direka tutup sampai atas kenapa perlu buka dan dedahkan bahagian dada?

“Kakak dah cantik… tak perlu bergaya s3ksi macam ni. Tak manis dipandang.

“Betul, saya suka sangat bila Kak Long muncul semula dalam bidang nyanyian ni. Tapi bila makin hari cara pemakaian kakak, aduhai saya naik menyamp4h,” tulis netizen.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Mstar