‘Saya Nak Kahwin Dengan Awak’ – Budak 8 Tahun Beri Surat Cinta Pada Alif Satar, Siap Tandatangan!

Siapa tidak kenal selebriti versatile, Alif Satar yang sangat berbakat bukan sahaja dalam bidang nyanyian malah lakonan dan pengacaraan. Tidak dinafikan, Alif menjadi kegilaan ramai tidak kira peringkat umur.

Terbaru, Alif menerima sepucuk surat daripada kanak-kanak berusia 8 tahun ketika berada di masjid. Surat itu disampaikan sendiri oleh bapanya yang merupakan rakan jemaah solat Jumaat. Korang baca sendiri ni, comel je!

 

Nama : Humaira

Surat cinta

Hello Alif Satar saya cintakan awak. Awak pelakon Pia kan. Saya nak kawin dengan awak Alif Satar.

Diceritakan kembali oleh sepupunya di Twitter, surat tersebut ditulis kanak-kanak 8 tahun sebelum diserahkan kepada bapa. Bapanya merupakan rakan jemaah Alif Satar ketika solat Jumaat di masjid.

Malah, seminggu sebelum sepupunya sudah mendapat ucapan hari jadi istimewa daripada Alif Satar. Mungkin kerana terlalu teruja, Humaira meluahkan isi hati untuk berkahwin pula. Comel!

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : @shahreyeone via ohbulan