“Alhamdulillah, Rezeki Anak” – Gaya Hidup Aktif Alif Satar Jadi Pembawa Tuah

Selebriti serba boleh, Alif Satar menganggap gaya hidupnya yang aktif menjadi pembawa rezeki untuk dirinya.

Selain menyanyi dan mengacara, Alif juga aktif berlakon dan mencipta lagu serta turut aktif dalam bidang sukan.

Alif aktif berbasikal untuk mengisi masa lapang dan turut menyertai cabaran Ironman yang memerlukan stamina tinggi.

“Alhamdulillah, pembaharuan kontrak sebagai duta Alicafe bagi tempoh dua tahun yang diumumkan hari ini membuatkan saya rasa sangat bersyukur.

“Ia kena dengan gaya hidup saya yang aktif dalam pelbagai bidang seni serta tidak lupa untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan. Apa yang penting, ia bukan dibuat-dibuat sebab saya juga pengguna,” katanya.

Alif berkata demikian ketika majlis pelancaran pelancaran rangkaian produk Warung dari Alicafe dan Alitea di Restoran Rebung Datuk Chef Ismail, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Pengacara sensasi ini juga menganggap berita gembira ini sebagai  rezeki anak-anaknya.

“Saya mula ‘dilamar’ jenama itu ketika mereka menaja sebuah rancangan hiburan terbitan Astro pada 2017. Alhamdulillah, ini semua rezeki anak dan bayi yang bakal lahir tidak lama lagi.

“Insya-Allah, anak ketiga dijangka lahir sekitar Oktober ini memandangkan kehamilan isteri sudah masuk minggu ke-33. Saya berkerja keras untuk sampai ke tahap ini. Sejak 2017 bersama, mereka masih mempercayai saya,” katanya.

Untuk rekod, Alif dan Shadila Halid berkahwin pada 15 September 2014 dan sudah dikurniakan dua orang puteri bernama Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.

Shadila dijangka bakal melahirkan bayi ketiga pada Oktober ini.

Dalam perkembangan lain, Alif kini sedang sibuk dengan program Big Stage 2.

Dihoskan oleh Alif dan Sherry Alhadad, Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.

Rancangan ini ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak