“Akhirat Nanti Tak Ditanya Nama Setiap Anggota Kumpulan BTS, Jangan Terlalu Taasubb..” – Alif Satar

Penyanyi Alif Satar menasihati orang ramai agar tidak terlalu taasub terhadap artis kesayangan hingga mencetuskan pelbagai sentimen tidak sihat.

Jelas Alif, tidak menjadi satu kesalahan bagi seseorang individu untuk meminati bintang pujaannya namun perlulah bijak mengawal perasaan dan tingkah laku.

“Itu adalah perkara yang sangat kelakar bagi saya. Instagram tidak sepatutnya menjadi tempat yang terlalu serius.

“Padahal apa yang saya katakan lagu Boy With Luv dinyanyikan seramai 8 orang itu memang betul pun.

“Saya faham fanatik artis sebab saya sendiri pun pernah lalui situasi sama ketika meminati Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Tetapi janganlah fanatik sampai berkelahi sesama sendiri dan jangan jadi terlalu sensitif.

“Waktu akhirat nanti tak ditanya pun nama anggota kumpulan BTS tu. Jangan terlalu taasub!” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media konsert amal Countless Blessing di Pavilion Kuala Lumpur semalam.

Pada konsert separuh akhir Big Stage 2019 minggu lalu, Alif berkongsi info menyatakan bahawa lagu Boy With Luv yang disampaikan Han Byul dinyanyikan lapan orang artis.

Bagaimanapun, maklumat itu dikecam kumpulan peminat BTS Army menyatakan bahawa kumpulan itu dianggotai 7 ahli.

Padahal, lagu itu sememangnya dinyanyikan seramai 8 artis iaitu 7 ahli kumpulan BTS berkolaborasi bersama penyanyi Amerika Syarikat, Halsey.

Sementara itu, Alif teruja apabila bakal berkolaborasi bersama kumpulan nasyid legenda Raihan dalam konsert yang akan diadakan pada 2 November depan di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Konsert amal itu menyasarkan kutipan dana sebanyak RM450,000 untuk disalurkan kepada beberapa pertubuhan berkaitan Islam antaranya Sekolah Islam Al Huda, MERCY Malaysia dan Persatuan Pemulihan Kesan Sosial Malaysia.

Tiket konsert dijual dengan harga RM115, RM305, RM405 dan RM690 secara dalam talian My Ticket Asia.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Gempak