Untuk Hilangkan Rasa Sedih, Aizat Bawa Diri Beraya Di Sabah

Tidak mahu bersedih meraikan 1 Syawal selepas kehilangan bapa tersayang pada 9 Januari lalu, Aizat dan keluarga membuat keputusan menyambut hari mulia itu di Kota Kinabalu, Sabah.

Penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu dan Sampai Hari Tua itu berkata, meskipun reda, ada ketika rindu yang datang memuncak membuatkan dia begitu terkesan dengan kehilangan ayahnya.

“Segala kenangan bersamanya menjadi memori yang terlalu indah. Untuk melupakan kesedihan, saya dan keluarga meraikan 1 Syawal di Kota Kinabalu, sambil menziarahi anak saudara pertama.

“Ketika dilahirkan, arw4h ayah hanya mampu menatapnya melalui panggilan video. Selepas itu, arw4h sakit dan menghembuskan nafas terakhir,” katanya dalam nada sebak.

Aizat berkata, dia tidak mahu terus bersedih kerana bimbang ia memberi kesan kepada ibunya yang pernah berkongsi hidup dengan arw4h bapanya.

“Meskipun, arw4h dan ibu bercerai ketika saya masih kecil, mereka masih mengekalkan ukhuwah. Hubungan arw4h dengan bapa tiri juga sangat akrab.

“Saya lihat ibu selalu bersedih apabila terkenangkan arw4h. Saya faham mereka pernah hidup bersama dan memiliki enam cahaya mata.

“Jadi, kami fikir lebih baik beralih angin dan meraikan Syawal jauh dari kota. Saya tidak mahu kami bersedih pada hari raya,” katanya.

Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2009 dan 2015 itu berkata, dia amat terasa dengan kehilangan penyokong nombor satunya itu.

“Arw4h pernah melaburkan wang RM100,000 untuk menghasilkan album sulung, Percubaan Pertama yang memuatkan lagu popular, Hanya Kau Yang Mampu pada 2008.

“Ia demi merealisasikan impian saya untuk menjadi artis rakaman, selepas gag4l ke peringkat akhir Akademi Fantasia musim kelima (AF5). Itu kenangan dan legasi yang ditinggalkan buat saya.

“Saya bertuah kerana restu dan doa ayah serta ibu sentiasa mengiringi perjalanan. Tanpa mereka, tidak mungkin saya mampu mempertahankan apa yang saya genggam ini. Saya amat terhutang budi pada ayah dan ibu.

“Sekarang, saya hanya ada ibu, justeru saya mahu berbakti dan menjaganya dengan sebaik mungkin,” kata pemenang trofi Persembahan Vokal Lelaki Terbaik Di Dalam Lagu, Anugerah Industri Muzik Ke-16 (AIM 16) menerusi Lagu Kita.

Aizat berkata, dia baru memperkenalkan lagu Angin Lalu yang menjurus kepada perkongsian kisah kehilangan. Ia juga sebagai melunaskan impian arwah bapanya yang mahu dia menghasilkan lagu dengan iringan pemuzik orkestra.

“Proses rakaman disempurnakan di Jakarta, Indonesia, pada hujung tahun lalu. Saya menggunakan khidmat pemuzik yang pernah menghasilkan lagu Tulus, Samsons dan Anuar Zain,” katanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: BH Online