“T0lak Banyak Tawaran Berlakon Kerana Anak..” Anzalna Nasir Uruskan Rumah Sendiri Tanpa Pembantu

Anzalna Nasir uruskan rumah sendiri tanpa pembantu. Bergelar isteri dan ibu bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi buat wanita yang bergelar selebriti.

Pelakon cantik bertubuh genit, Anzalna Nasir kehadirannya di kaca TV sememangnya sangat jarang kelihatan. Sejak bergelar ibu kepada dua cahaya mata, Anzalna semakin memperlahankan kerjaya seninya dan memberi tumpuan kepada si cilik kesayangannya.

Anzalna Nasir Uruskan Rumah Sendiri Tanpa Pembantu

Ketika bertemu dengan Anzalna baru-baru ini, sebenarnya dia masih aktif dalam seni dan hanya memperlahankan langkahnya. Ibu kepada Mohamad Eidress, 3, Mohamad Emirhan, 10 bulan ini juga akui kehidupannya semakin sibuk.

Apatah lagi dia tidak mendapatkan khidmat pembantu dalam menjaga anak-anaknya.

“Kehidupan saya berubah seratus peratus selepas bergelar ibu. Daripada seorang anak, kini dua, saya gembira dapat menguruskan mereka sendiri di rumah, tanpa mengambil pembantu.

“Sejak ada anak, fokus utama saya adalah keluarga. Malah saya sanggup tolak banyak tawaran berlakon kerana anak.

“Saya jenis ibu yang begitu. Anak adalah segala-galanya. Suami tidak pernah meletakkan sebarang syarat, tetapi saya sendiri yang mengambil pendekatan itu,” kongsi Anzalna membuka bicara.

Kesibukan Berganda

Menyentuh tentang Ramadan Anzalna akui dia semakin sibuk.

“Ramadan tahun lalu, saya sedang h4mil anak kedua dan saya hanya fokuskan pada kandungan sahaja.

“Tahun ini kesibukannya pasti berganda, tetapi saya sudah bersedia.

“Sejak dulu saya memang sentiasa teruja menantikan Ramadan dan perasaan itu menjadi lebih lagi apabila sudah bergelar isteri dan ibu.

“Saya harap Ramadan kali ini dapat dijalani dengan penuh makna,” ungkap Anzalna.

Walau Sibuk Jaga Anak, Tetap Nak Bergaya & Kelihatan Cantik

Anzalna cukup bertuah kini dilantik sebagai wajah kempen Flora Nostalgia Raya oleh Isetan Kuala Lumpur. Kempen yang menghimpunkan koleksi Aidilfitri oleh 25 jenama fesyen terkenal tanah air itu diinspirasikan daripada corak bunga-bungaan tekstil Melayu tradisional dengan sentuhan moden itu mencuri perhatian beliau yang sinonim dengan gelaran ikon fesyen oleh para peminatnya.

“Saya suka cantik dan bergaya pada hari raya, terutama pada raya pertama dan kedua. Biarpun sibuk menguruskan anak, saya tetap akan memberi perhatian kepada perkara ini kerana raya hanya setahun sekali.

“Saya berbesar hati menjadi sebahagian daripada kempen Raya Isetan dan tertarik dengan tema serta koleksi Flora Nostalgia Raya sangat cantik dan mempesonakan.

“Dalam masa sama, saya juga teruja untuk berkongsi minat dalam fesyen dan gaya peribadi saya dengan orang ramai,” luah Anzalna.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ISETAN Kuala Lumpur (@isetankl)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:Mingguan Wanita