4 balang air berniaga terpaksa buang lepas kena hujan

Dvgaan bulan Ramadan buat seorang peniaga air balang apabila kesemua jualannya yang telah siap untuk dijual terpaksa dibu4ng semula disebabkan terkena hujan.

Menerusi perkongsian anaknya di media sosial yang menggunakan akaun @nrealya, dia meminta orang ramai untuk bersama-sama mendoakan kelancaran urusan perniagaan buat ibu bapanya apabila kejadian hujan lebat yang melanda mereka semalam telah menjadi satu pengajaran.

“Permudahkanlah urusan ibu dan ayah saya Ya Allah,” pohonnya.

Katanya lagi, meskipun semalam bapanya langsung tidak dapat berniaga dan modal yang telah dikeluarkan tiada sebarang pulangan, lelaki itu tetap kelihatan kuat.

“Tak apa, rezeki Allah itu luas,” kata bapanya.

@nrealya

permudahkanlah segala urusan ibuayah saya Ya Allah🤲🏻🥰

♬ الصوت الأصلي – لــ ؏ـبـدالـࢪحــمۘـــنۨ🖤

Melihat kepada rakaman sekitar 17 saat itu, terdapat empat jenis air yang dijual di atas meja dan sebahagian balangnya telah terisi dengan air hujan.

Difahamkan, bapanya berniaga air balang sempena bulan puasa di tepi jalan sekitar Subang Flora, Shah Alam.

Dalam pada itu, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada keluarga tersebut menerusi ruangan komen.

Sementara itu, video yang dimuat naik tersebut telah meraih lebih 1.6 juta tontonan sejak semalam dan menjadi tular di media sosial selepas ramai turut berkongsi serta bersimpati dengan nasib peniaga terbabit.

Komen netizen:

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : kosmo.com.my