Gara-gara Tervk Dikrit1k Mas Idayu, Sissy Iman Buat Keputusan Yang Mengejutkan Ramai

TERLALU kec3wa dengan apa yang berlaku di pentas Famili Duo minggu keenam pada malam Ahad, penyanyi Sissy Iman mengambil keputusan membatalkan pelancaran albumnya pada Februari ini.

Sissy atau Sissy Imann Mohammad Kamil, 28, berkata, perasaan teruja tentang album yang dirakamkan di studio Abbey Road, London itu telah hilang.

Kata Sissy, persiapan album itu telah pun siap dan hanya tinggal menghantar jemputan kepada beberapa rakan rapat untuk hari bermakna buatnya itu.

Luahan hati Sissy yang masih lagi kec3wa.

“2 Februari adalah hari sepatutnya Sissy lancar merchandise untuk album yang saya rakam tahun lepas di Abbey Road.

“Fizikal CD dah selesai cetak, kita tengah cetak mug, baju dan beberapa merchandise yang lain. Kita siap rancang nak kumpul rakan-rakan media dan kawan-kawan rapat untuk buat sidang media untuk kongsikan album yang Sissy buat dengan penuh kasih sayang ini.

“Tuhan sahaja yang tahu betapa terujanya saya untuknya tetapi keterujaan itu mungkin sudah hilang sekarang ini. Pagi tadi bangun, bila nampak CD ini Sissy rasa tak boleh tengok,” katanya.

Sissy berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Isnin yang turut memaparkan sekotak album yang sepatutnya dilancarkan.

Kongsi Sissy lagi, album tersebut dihasilkan sepenuhnya menggunakan wang titik peluhnya sendiri selama 10 tahun berada dalam industri seni.

Namun kerana terlalu sedih, dia tidak boleh melihat lagi album berkenaan sekali gus memilih untuk menyumbangkannya pada mereka yang memerlukan.

Tuhan sahaja yang tahu betapa terujanya saya untuknya tetapi keterujaan itu mungkin sudah hilang sekarang ini.

SISSY IMANN

PENYANYI

“Asalnya Sissy nak jual RM 50. Itu pun tak pulang modal apa pun, apatah lagi nak untung. Album ni memang telan banyak sangat kos dan semua Sissy tanggung sendiri atas duit cari makan selama hampir 10 tahun mer4ngkak dalam industri.

“Tapi saya rasa saya tidak boleh melihatnya tanpa berasa sedih jadi saya melepaskan album ini sebagai sumbangan,” katanya lagi.

Meskipun begitu, dia juga terpaksa meletakkan harga memandangkan perlu menampung beberapa kos penghasilan album berkenaan.

Persembahan Sissy Iman dan Naim Daniel dikr1tik ped4s juri Mas Idayu.

“Sumbangan bermula RM20. Sissy minta maaf sebab terpaksa letak harga untuk Sissy tampung sebahagian kos cetak dan pos sahaja. Terima kasih, semoga Allah merahm4ti anda semua,” ujarnya.

Sebelum ini, persembahan Sissy dan Naim Daniel menerusi lagu Jampi nyanyian asal Hael Hussaini menerima komen pedas Mas Idayu yang menganggap mereka tidak menyanyikan lagu tersebut dengan baik.

Bagaimanapun, Sissy tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata sebaik sahaja menerima krit1kan berkenaan.

Susulan itu, Sissy menyifatkan kegagalan memberikan persembahan cemerlang di program Famili Duo membuatkan dia sedar diri dan ruang tentang kelemahan diri.

Sumber/Kredit : mStar

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook