“Tarikh yg sama, tahun yg berbeza,” – Shuib Sepahtu titip ucapan hari lahir buat anak tercinta

Pelakon, pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu meraih perhatian wargamaya apabila berkongsi ucapan manis bersempena ulang tahun kelahiran anak tercinta iaitu Uwais Alqarni.

Menerusi laman sosial Instagram, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad memuat naik beberapa gambar bersama anak tercinta untuk tatapan umum.

Menurut Shuib, dia berharap semoga anak pertamanya itu menjadi anak baik, anak soleh dunia dan akhirat. Tambah Shuib, meskipun selepas ini sambutan hari lahir mereka sekeluarga takkan pernah lagi sama rasanya, namun mereka akan tetap akan terus menikm4ti momen-momen bersama sampai hujung hay4t.

“Tarikh yg sama,tahun yg berbeza.Masa ni Wais genap 2 tahun,dan harini wais dah pon genap 11 tahun.Semoga jadi anak baik,anak soleh dunia dan akhirat. Meskipun selepas ni birthday kita takkan pernah lagi sama rasanya,kita tetap akan terus menikm4ti nya sampai hujung hayat. I Love U UWAIS ALQARNI ,” tulis Shuib di ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 31.5k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata turut mendoakan dan mengucapkan selamat hari lahir untuk Uwais Alqarni.

Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah pada Februari 2011.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq m4tin, dan Ayash Affan yang kini berusia setahun.

Komen netizen:

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : instagram shuibsepahtu