Tahniah! Dengan sekali lafaz, Syifa Melvin sah bergelar isteri Safawi Rasid

Teka teki akhirnya terjawab, selebriti Syifa Melvin, 28, sah bergelar isteri kepada pemain pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim,  Safawi Rasid, 25, di sebuah majlis akad nikah yang berlangsung sebentar tadi.

Difahamkan majlis pernikahan yang bertemakan pakaian serba putih dan menutup avrat yang dilakukan di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya secara tertutup dan turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pasangan, saudara mara, rakan serta tetamu yang lain.

Kedua-dua mempelai diijabkabulkan oleh jurunikah Ustaz Khairul Nizam dengan mas kahwin sebentuk cincin.

Terdahulu, tul4r sebuah video menerusi aplikasi TikTok sehingga timbul satu dakwaan pemain bola sepak berusia 25 tahun itu bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasih hatinya.

Dalam video berkenaan, dilihat Safawi yang juga pemain sayap kelab JDT berada di atas padang sambil ditonton oleh penyokong. Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai adalah ramai bersorak dengan lagu pengantin kepada Safawi.

Sumber: Youtube @The Melvins, OMM

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook