Wanita Viral Lahir Tanpa 2 Tangan Bertunang, Bakal Mentua Pakaikan Gelang Kaki

Tidak semua insan yang dilahirkan di dunia ini yang sempurna fizikal, ada juga yang walaupun tidak sempurna fizikal tetapi masih berusaha semampu mungkin untuk berjaya dalam kehidupan.

Dilahirkan tanpa mempunyai kedua- dua belah tangan, Norfarah telah tul4r di laman sosial pada tahun 2019 kerana cekap memandu dengan menggunakan kedua- dua kaki beliau. Semangat juangnya yang kuat membuatkan dirinya tekad melakukan aktiviti seharian sendiri.

Dalam perkongsian terbaru tentang dirinya, Norfarah kini telah melangsungkan majlis pertunangannya dengan seorang jejaka yang bernama Zul. Di akaun Instagram miliknya, Norfarah telah berkongsi beberapa gambar di sekitar majlis pertunangan itu.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila bakal ibu mertuanya yanh telah memakaikan gelang kaki semasa majlis pertunangan mereka berdua. Walaupun hanya majlis yang sederhana tetapi senyuman bahagia tetap terukir di wajah kedua bakal bakal pengantin.

Video:

@norfarrahsyahirahshaari Alhamdulillah.. selesai majlis untuk hari nie❤️❤️#tiktokmalaysia🇲🇾 ♬ Sayunk I Love You – Chombi

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang mengucapkan tahniah kepada Norfarah dan pasangannya dan juga meminta Norfarah untuk menjemput mereka apabila hendak dilangsungkan perkahwinan mereka nanti.

Komen Netizen:

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.tiktok.com/@norfarrahsyahirahshaari