Milik Siapakah Kapal Layar Mewah Ini? Macam Kapal Angkasa! Penduduk Terkejvt Lintas Muara Sungai Perlis

MACAM kapal angkasa!

Begitulah reaksi nelayan dan penduduk di sekitar Kuala Perlis yang digemparkan dengan sebuah kapal layar mewah berbentuk seperti kapal angkasa, melalui muara Sungai Perlis, pada Sabtu.

Walau bagaimanapun, Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Perlis (Pelaris), Jasni Hashim berkata, kehadiran kapal layar mewah jenis Adastra itu pada kira-kira pukul 12 tengah hari itu tidak mengganggu aktiviti nelayan yang berada di sepanjang muara sungai berkenaan.

Menurutnya, muara sungai itu sememangnya menjadi laluan pelbagai jenis bot dan kapal namun kehadiran kapal layar mewah yang difahamkan bernilai sekitar AS$45 juta (RM200 juta) adalah pertama kali berlaku dan dilihat oleh penduduk setempat.

“Kehadiran kapal mewah itu seperti bentuk sebuah kapal angkasa memang mengejvtkan penduduk dan nelayan yang berada di sekitar kawasan tersebut. Difahamkan kapal ini datang dari luar negara dan kita tidak pasti dari negara mana.

“Kapal layar ini bergerak melalui muara Sungai Perlis dan menuju ke dermaga Perlis Marine Engineering (PME) Sdn Bhd bagi tujuan membaiki kapal tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Jasni berkata, kapal yang mempunyai dua lunjuran besar di sebelah kiri dan kanannya itu juga difahamkan sudah mendapat kebenaran daripada Jabatan Laut Malaysia untuk melalui muara sungai itu sebelum berlabuh di PME Engineering Sdn Bhd di Kampung Tengah, Kuala Perlis.

Menurutnya, tiada aduan yang diterima oleh mereka oleh nelayan berhubung g4ngguan lalu lintas disebabkan oleh kehadiran kapal layar mewah itu. – Sinar Harian

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mstar