Tya Ariffin Membuat Pended4han Bakal Pulang Ke Indonesia Untuk Lebarkan Bisnes

Selebriti dan ahli perniagaan Tya Ariffin memaklumkan dia bakal pulang ke negara kelahirannya, Indonesia bagi mengemb4ngkan lagi bisnes diusahakan di sana.

Menurut Tya, 28, atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari, keputusan dibuat bukan saja untuk masa depan perniagaan tapi juga mahu membantu membina kehidupan masyarakat di sana.

“Jika mahu berjaya dalam apa juga bidang termasuk perniagaan, kadang ada perkara kita perlu berk0rban. Doakan semoga perancangan saya melalui perniagaan jamu Mutyara di Indonesia berjalan lancar.

“Insya-Allah, perancangan ini kita akan mulakan awal tahun depan. Memandangkan saya pun ada keluarga di sini, jadi buat sementara waktu akan ulang alik dahulu. Ini lah peng0rbanan yang perlu saya dan suami lakukan.

“Alhamdulillah, sepanjang perniagaan ini diusahakan kami berjaya membantu 40,000 wanita untuk mendapat peluang berniaga bersama saya. Malah, ada yang memperolehi sasaran lebih dari RM1 juta selain kebanyakan daripada mereka sudah mendapat impiannya.

“Jadi, saya mahu membawa aura dan semangat sama ke Indonesia. Sudah tentu saya juga ingin lihat wanita di sana berjaya menggapai impian mereka. Diharap dengan adanya peluang yang bakal dibawa oleh Mutyara memberikan sesuatu yang bermanfaat untuk semua pihak,” katanya.

Tya yang juga isteri kepada usahawan Asyraf Khalid menambah, perjalanannya sebagai usahawan dengan perniagaan yang dibina sejak 2018 itu turut berdepan cab4ran tersendiri.

“Sepanjang empat tahun membina perniagaan jamu Mutyara ini di sini, diakui proses dan laluan tidak mudah. Pelbagai cab4ran dan dug4an ditempvh. Mana ada orang terus berjaya. Cuma, kita kena sentiasa berusaha dan yakin akan rezeki Allah SWT.

“Alhamdulillah, berkat sokongan suami, keluarga dan keluarga mentua jenama yang dibina kian dikenali dan semoga ia akan terus kukvh. Sudah semestinya saya berharap perkara sama apabila Mutyara menjengah pasaran Indonesia nanti,” katanya lagi.

Untuk rekod, produk berkonsepkan jamu dan tradisional yang menggunakan resipi turun temurun keluarga Tya dari Indonesia itu turut dipasarkan di Singapura, Brunei dan Australia.

Keistimewaannya juga, Mutyara diolah daripada bahan-bahan alami dan makanan sunnah dengan  rasanya lebih sedap dan senang diminum oleh wanita Nusantara.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MH

Be the first to comment on "Tya Ariffin Membuat Pended4han Bakal Pulang Ke Indonesia Untuk Lebarkan Bisnes"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*