Sam Bunkface Gilir Jaga Anak Dengan Bek4s Isteri

Kuala Lumpur: Vokalis kumpulan Bunkface, Sam, 35, enggan menjadikan percer4iannya dengan bekas isteri sebagai alasan untuk dia menjadi seorang bapa yang tidak adil terhadap anak sulungnya meski kini sudah mempunyai keluarga baru.

Penyanyi Bunkface, Sam masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas isteri, Aida Azira Hussin demi menjaga dan memastikan anak mereka iaitu Maleeq, 6, sentiasa berada dalam keadaan baik. 

Menurut Sam, selagi boleh, dia cuba memberikan yang terbaik buat keluarganya dan ia termasuklah buat Maleeq, 6, putera sulung hasil perkahwinannya dengan Aida Azira Husin sebelum bercer4i dengan wanita tersebut pada 2019.

“Kita ini sebagai ibu bapa, tak boleh pentingkan diri. Pasal percer4ian ini, akan beri kesan pada anak kalau kita tak jaga dengan baik. Sebagai ibu atau bapa, kita kena beri perhatian pada anak, beri dia tenang, kebahagiaan, pendidikan, nafkah dan banyak lagilah aspek lain.

“Alhamdulillah, Allah SWT mencukupkan semua itu buat saya dan yang penting, setiap minggu akan berjumpa dengan Maleeq. Bukan setakat berjumpa, tetapi setiap minggu saya dan bek4s isteri akan bergilir-gilir jaga Maleeq tanpa gag4l.

“Kena seimbangkan perhatian dan kasih sayang itu buat Maleeq supaya dia tidak terasa terasing.Dia pun bukan ada kami saja, dia pun ada keluarga besar dia lain, saudara mara bahkan datuknya. Jadi ada masa, memang dia kena juga berjumpa,”katanya.

Sam, 35, atau nama sebenarnya Shamsul Anuar Mohd Baharom berkata, setakat ini dia berjumpa dan menjaga anaknya itu secara bergilir-gilir dengan bekas isteri.

“Saya jumpa (Maleeq) selang seminggu dengan bekas isteri. Seminggu saya jaga, seminggu dia jaga. Dia sekolah pun dekat Shah Alam dan itu tengah-tengah di antara kami, jadi kami bergilir jaga dia. 

“Setakat ini tiada masalah, dia pun gembira. Dia faham ada ibu t1ri dan dia pun panggil ibu tir1nya ‘mummy’. Dia sayang adik t1ri dia juga, semuanya baik alhamdulillah,” katanya ketika ditemui selepas sidang media konsert Bunkface! 15 Years of Korang di Zepp Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Menurut Sam, dia sedar percer4ian itu boleh memberi kesan kepada anaknya, jadi dia dan bekas isteri perlu saling memainkan peranan sepatutnya dalam membesarkan anak mereka itu.

“Dalam hal ini tak boleh pentingkan diri sendiri. Percer4ian itu akan beri kesan kepada anak. Jadi kena fahamkan anak, bagi dia gembira, tenang, hantar sekolah, beri nafkah dan sebagainya perlu cukup. Setakat ini semua itu tiada masalah, Allah cukupkan.

“Penting untuk  jumpa selang seminggu itu supaya dapat seimbangkan waktunya bersama saya dan mak dia. Dia pun ada orang lain dalam keluarga, dia ada saudara mara, datuk dan nenek lagi jadi memang setakat ini tiada masalah,” katanya.

Sam berkahwin dengan Aida Azira Hussin yang juga penerbit rancangan pada 25 April 2015, namun bercer4i pada penghujung Januari 2019. 

Selepas hampir dua tahun berp1sah, Sam kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi pada penghujung 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Idris yang kini berusia 11 bulan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HM