Rykarl datang rumah Mia Sara, video ditonton 2.9 juta kali oleh peminat “Kalau diorang…”

Baru-baru ini dua pelakon kanak-kanak yang dikenali sebagai Mia Sara Nasuha dan Rykarl Iskandar mengundang peminat mereka begitu teruja menyaksikan mereka yang kini berusia 16 tahun.

Siapa sahaja yang tidak mengenali mereka apabila Mia Sara Nasuha mahupun Rykarl Iskandar antara pelakon kanak-kanak yang begitu laku keras disaat mereka masih kecil. Apa tidaknya comel sungguh mereka apabila sering juga digandingkan bersama.

Sehingga ada yang menyangka kedua-dua pelakon kanak-kanak ini merupakan adik-beradik dimana lakonan Mia Sara Nasuha dan Rykarl Iskandar melalui drama bersiri berjudul Strawberry Dan Karipap antara yang cukup popular.

Mia

Meskipun begitu, peminat mereka teruja lagi apabila Rykarl Iskandar menerusi TikTok difahamkan datang ke rumah Mia Sara Nasuha dan dapat dilihat momen tersebut yang dikongsikan ini.

Perkongsian di ruangan TikTok itu dalam pada masa yang sama ternyata dihujani dengan lebih lima ribu komen berserta hampir 400,000 tanda suka juga ditinggalkan di akaun Rykarl Official.

Melalui respon-respon netizen di video itu, rata-rata peminat akui pernah ‘ship’ kedua pelakon ini sehingga sekarang dan video yang dimuat naik itu telah ditonton 2.9 juta kali.

“Dari diorang kecil aku ship hahaha”

Rykarl

“Kalau diorang ada jodoh aku orang first datang…”

RykarlIMG_20211025_092015_1

“Dah besar dorang ni…”

IMG_20211025_092036IMG_20211025_092057

Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

SumberRykarl Official/HCL