Terkejut dilanda kontr0versi Lisdawati tampil beri komen. “Masih tidak boleh maafkan orang macam ini…”

Gara-gara kontroversi menceritakan pengalaman berlakon dalam adegan panas filem ‘Anak Halal’, Fauzi Nawawi terima banyak kritikan hebat sejak semalam.

Paling dikesali warganet apabila dia mention nama pelakon wanita yang terlibat, selain bersungguh-sungguh menerangkan secara terperinci tentangnya dalam sebuah program talkshow.

Mohon maaf secara terbuka…tak tahu apa tujuan klip video ditularkan semula.

Langsung tiada niat mengaibkan sesiapa, Fauzi Nawawi tampil memohon maaf kepada pihak yang terkesan dengan klip video tular itu terutama sekali Raja Farah dan suaminya.

Namun aktor berusia 48 tahun tersebut tidak tahu apakah motif sebenar baru kini video berkenaan dihebohkan, kerana ia sudah lama ditayangkan di kaca TV.

Habis program baru perasan ada terlepas cakap…sudah minta pihak produksi potong bahagian sensitif.

Mengulas lanjut tentang program berkenaan, dia sudah meminta pihak produksi untuk memotong bahagian perbualan yang sensitif sejurus selesai rakaman. Walau bagaimanapun, rupa-rupanya ia sudah 2 kali ditayangkan dan hanya disedari selepas isu ini kecoh di laman Twitter.

Enggan isu tersebut berpanjangan, Fauzi Nawawi akui masih ‘jahil’ dan sedang berusaha memperbaiki dirinya.

Lisdawati masih sayang suami…tapi belum mampu maafkan mereka yang kutuk dirinya & keluarga.

Meskipun Fauzi Nawawi sudah berlapang dada terhadap warganet yang mengeluarkan kata-kata cacian, namun berbeza pula pendirian isterinya.

Pelakon, Lisdawati tampil bersuara berhubung kontroversi melibatkan suaminya yang juga pelakon, Fauzi Nawawi.

Menerusi kenyataan balas yang ditulis diruangan komen perkongsian Fauzi di Instagram (IG), Lisda atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 42 meluahkan meluahkan rasa sedih dengan tindakan orang ramai yang mengecam dia dan keluarganya gara-gara isu yang tular melibatkan suaminya, baru-baru ini.

“Saya sayang kamu. Kerana Allah SWT masih sayang.

“Tetapi saya juga manusia biasa, belum mampu maafkan mereka yang mengeji, mengutuk, memaki saya dan keluarga sehingga mereka datang meminta maaf pada saya,” tulisnya di ruangan komen.

Fauzi Nawawi baru-baru ini mengundang kecaman setelah secara terbuka menceritakan pengalaman melakonkan babak rogol bersama Raja Farah ketika membintangi filem Anak Halal satu ketika dahulu.

Pendedahan itu dibuat Fauzi ketika menjadi salah seorang tetamu undangan program Rumah 107 yang ditayangkan baru-baru ini di saluran Astro Warna.

Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata. Namun secara keseluruhan Fauzi memiliki 8 anak, susulan 4 lagi merupakan hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber: IG theonlyfauzinawawi

Tular tentang video Fauzi Nawawi. Tak boleh berdiam sekali suami Raja Farah tampil bersuara pertahan maruah isteri.

Sejak beberapa hari lepas, tular di media sosial berkenaan satu cuplikan video dari salah satu talkshow di Astro Warna yang menghimpunkan beberapa hero filem Melayu yang bercerita tentang pengalaman sepanjang bergelar pelakon.

Walau bagaimanapun, ia menjadi pnas apabila ada yang memuat naik kembali video tersebut dimana ketika itu aktor, Fauzi Nawawi berkongsi tentang lakonannya ketika menjayakan babak panas bersama seorang pelakon wanita.

Apa yang merisaukan adalah perbualan seperti itu ditayangkan di kaca televisyen dan menjadi perdebatan ramai kerana ia sangat tidak sopan serta boelh menjatuhkan maruah seseorang. Menjadi individu yang diperkataan dalam perbualan tersebut, Raja Farah bersama suaminya telah mengeluarkan kenyataan di laman Instagram sebagai memberi respon kepada ‘kisah’ yang diceritakan oleh Fauzi Nawawi.

Suami kepada selebriti wanita itu, Iskandar Ismail telah tampil mempertahankan maruah isterinya.

Dia memaklumkan yang sepatutnya individu tersebut tidak mengaibkan mana-mana wanita walaupun dia sedar apa yang diucapkan merujuk kepada karya seni.

Enggan memperpanjangkan isu, Raja Farah dan suami berharap agar perkara ini tdak belarutan dan berlapang dada dengan video yang viral itu. Mereka juga tidak mahu ada sebarang permusuhan hanya disebabkan video tersebut.Dia juga tidak menyangka bahawa video tersebut tular kerana pernah memohon pihak penyiar untuk memotong bahagian tersebut sebelum ini.

https://www.instagram.com/p/CVNm2BiBklM/

Dalam video permohonan maaf itu juga, Fauzi memaklumkan turut memaafkan mereka yang mengvtuk serta berkata tidak baik kepadanya. “Kami faham anda tunjuk karya seni tu, tapi tk perlu kot buka aib macam tu…apatah lagi kalau dia dah kahwin dan dia juga seorang wanita muslim.”

https://www.instagram.com/p/CVN8xWIBX1E/

“Bagi saya, orang yang cakap tu umpama orang yang Jahil lah sebab tk mungkin dia akan ungkapkan dekat adik perempuan, kakak atau ibu dia…” -Suami Raja Farah-

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Ohmymedia

Mulanya nak kongsi pengalaman berlakon babak kotor. Tak pasal pasal dikritik oleh warganet sekali Fauzi Nawawi tampil mohon maaf.

Pelakon dan pengarah, Fauzi Nawawi menerusi sebuah video yang dimuatnaik di laman Instagram memohon maaf secara terbuka khususnya buat pelakon Raja Farah dan keluarga.

Fauzi Terima Banyak Kritikan

Permohonan maaf itu dibuat susulan keterbukaan Fauzi berkongsi kembali pengalamannya melakonkan sebuah babak kotor bersama Farah ketika kedua-duanya menjayakan filem Anak Halal suatu ketika dahulu. Menurut Fauzi, dia akui menerima pelbagai kritikan dan hnaan daripada warganet berikutan tularnya video ‘pengakuannya’ itu dia media sosial.

Pernah Minta Penerbit Potong Bahagian Pendedahannya 

Tidak mudah melatah dengan kritikan yang diterima, Fauzi berkata dia menerimanya dengan hati yang tenang walaupun agak kusut memikirkannya. Jelasya, usai tamat penggambaran program bual bicara tersebut dia telah meminta pada pihak penerbit untuk memotong bahagian percakapannya yang disifatkan sensitif.

Video : Klik link

Namun begitu, ia telah pun ditayangkan di kaca televisyen sekaligus mencetuskan pertikaian orang ramai mengenai pendedahannya itu biarpun ia telah lama berlalu. “Pertama sekali saya nak memohon maaf kepada semua yang menyebarkan video program yang dah kecoh di laman sosial. Program itu dah ditayangkan lama dan baru kini dihebohkan balik walau apa pun tujuannya. Tetapi apa yang saya nak cakap dekat sini saya nak mohon maaf kepada semua dalam video ini khususnya kepada Raja Farah dan suami dan juga seluruh ahli keluarga. Sebelum program ini ditayangkan, selesai saja penggambaran pada PKP pertama dahulu saya dah minta pihak penerbit dan produksi untuk potong mana yang sensitif sebab masa kami bersembang antara lelaki ini memang salah saya lah sembang itu tak control cakap dan terlepas nama Raja Farah.

“Sebenarnya masa ini diorang tanya pengalaman watak yang pernah saya pegang. Kalau diceritakan 14 tahun dahulu adalah per0mpak, perg0l itu adalah watak yang sinonim dengan saya. Jadi bila dah terlepas cakap itu, habis je recording saya tersedar ada yang patut dipotong di censor kan supaya tak ditayangkan. Tapi ml4ngnya cerita itu pun ditayangkan dua kali tak tahu pula baru hari ini diviralkan balik di Twitter. Apa pun saya mengaku memang salah saya, saya jahil dan saya tak baik. Tapi saya sedang memperbaiki diri saya untuk jadi lebih baik” luah suami kepada pelakon Lisdawati ini.

Mohon Maaf Secara Terbuka

Di kesempatan itu, Fauzi berulang kali memohon maaf kepada Farah dan keluarganya atas keterlanjuran kata-kata tersebut selain berterima kasih buat mereka yang menegurnya. “Kepada mereka yang amat sensitif dan terkesan dengan video ini dah tentu suami kepada Raja Farah, mohon maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki memang saya tak ada niat langsung untuk memalukan.

Kepada Raja Farah sendiri dan keluarga saya minta maaf apatah lagi perkara ini telah dipanjangkan. Kepada warganet yang amat prihatin kepada perkara ini yang sanggup hin4 saya, hin4 mak saya, hin4 keluarga, hin4 anak-anak saya, saya maafkan dan saya anggap anda prihatin sebab itu sanggup maki saya.

Saya berterima kasih kepada yang mengingatkan saya dan menegur kesilapan saya sama ada cara baik ataupun cara kasar. Terima kasih dan saya terima dengan rela hati dan kepada suami Raja Farah dan Raja Farah serta keluarga saya mohon maaf sekali lagi” kata Fauzi

Terdahulu, Farah dan suami menyifatkan bahawa pendedahan Fauzi mengenai babak tidak elok dalam filem Anak Halal sebagai sesuatu yang memalukan. Menurut suami pelakon itu, rakaman yang disiarkan di sebuah stesen televisyen itu adalah salah di setiap sudut kerana tidak menjaga aib dan kehormatan wanita. Malah Farah sendiri akui terkesan dengan perkara itu dan merasakan seakan dibuka aib serta dirinya tidak dihormati.

Video : Klik link

Sebelum ini, Fauzi, dijemput sebagai tetamu bersama beberapa orang selebriti lelaki dalam sebuah program bual bicara. Dalam program tersebut, Fauzi berkongsi pengalamannya menjayakan babak kotor Farah dalam filem tersebut.

Sumber : Murai.my/gempak/lamanmaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: