“Nak Bagi N4fkah Anak Alahai Aji B4khil”Farah Lee

Biarpun dia bukan seorang selebriti, namun nama Farah Lee tetap dikenali ramai sebagai personaliti media sosial dan usahawan yang mempunyai jenama pakaiannya sendiri.

Sehingga kini Farah Lee mempunyai pengikut berjumlah lebih 784,000 orang di Instagram miliknya itu yang banyak berkongsi kisah semasa belajar, kisah anaknya, koleksi pakaiannya dan kisah-kisah lain lagi.

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Farah Lee memuat naik sekeping gambar anaknya ketika berada di luar negara.

“Ramai parents ingat rezeki mereka itu adalah hak mereka sampaikan berkira-kira untuk invest dalam education dan well-being anak-anak, tapi untuk diri sendiri maintenance kemain.

“Banyak rezeki kita itu adalah rezeki anak, kita hanya perantara sahaja. Jadi setakat mampu, tak perlulah berkira sangat untuk spend kepada anak-anak especially untuk masa depan dan ilmu mereka,” tulis Farah Lee.

Tulisnya lagi, terutama kepada ayah-ayah yang terlalu sibuk bekerja atau yang sudah bercer4i dengan isteri dan anak tinggal bersama dengan bekas isteri.

“Nak2 ayah2 yang terlalu busy berkerja atau yang dah bercer4i anak duduk dengan bekas isteri. Tanggungjawab nak sendiri bagi ilmu tu dah tak mampu, nak bagi nafkah anak alahai aji bakhil pulaknya.

Patut bagi isteri/bekas isteri extra sikit kira upah dia jagakan

well-being anak-anak untuk kita,” tulisnya lagi.

Farah turut mengingatkan bahawa anak-anak adalah amanah kepada ibu bapa.

“Ingat, anak ni pinjaman Allah dari Syurga untuk kita, amanah untuk kita didik dan jaga. Moga dapat kita pulangkan semula mereka ke Syurga juga, inshaAllah amin,” tulisnya lagi.

Tidak diketahui sama ada ianya hanya sekadar ‘bebelan’ pada orang-orang tertentu atau sekadar coretan biasa sahaja.

Namun ramai yang men1ngg4lkan komen mengadu mengalami nasib yang serupa diceritakan oleh Farah.

Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin binti Romli pernah berkahwin dengan personaliti TV, Ally Iskandar pada Januari 2012 tetapi kemudiannya bercer4i pada Ogos 2016. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Maream Esabel yang tinggal bersama Farah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by F. L. (@farahlee_)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:Gempak