[Video] Kebenaran rentas negeri dijangka pertengahan Oktober – Muhyiddin

Kebenaran rentas negeri bakal diputuskan tidak lama lagi, dijangka pada awal atau selewat-lewatnya pertengahan Oktober ini.

Menurut Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin, perkara tersebut turut dibincangkan dalam mesyuarat ketiga MPN yang berlansung petang tadi.

“Kita telah diberikan penerangan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebentar tadi mengenai soal rentas negeri.

“Ia berg4ntvng kepada perkembangan program imunisasi v.aksin tetapi akan diumumkan selewatnya-lewatnya pertengahan Oktober ini,” kata Muhyiddin, memetik laporan Astro Awani.

Jelas Muhyiddin, selain kebenaran rentas negeri, pembukaan pintu sempadan kepada pelancong asing turut dibincangkan dalam mesyuarat petang tadi dan akan diputuskan kelak.

“Berkenaan pembukaan sempadan negara kepada warga asing pula akan dibincangkan oleh menteri yang terlibat dalam minggu ini juga,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat MPN hari ini.

Tambahnya, perbincangan tersebut akan diadakan untuk memperhalusi cadangan pembukaan sempadan kepada warga asing kerana dilihat akan memberi kesan besar terhadap ekonomi negara.

Sumber: Astro Awani via sk

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook