“Macam-Macam Perasaan Bila Pertama Kali Dengar Suara Baby,” – Penantian 10 Tahun Berakhir, Azmi Saat Selamat Timang Bayi Sulung

Penyanyi, Azmi Saat berkongsi khabar gembira selepas memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya awal pagi tadi.

Menurut Azmi, dia dan isteri sememangnya berasa amat bersyukur kerana penantian mereka selama sepuluh tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya menjadi kenyataan.

Katanya lagi, segala urusan isterinya sewaktu melahirkan telah pun dipermudahkan dan dia juga berasa amat teruja ketika pertama kali mendengar suara bayinya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Azmi Saat (@azmi_saat)

“Alhamdulillah. Pukul 9:09 pagi tadi anak sulung saya telah selamat lahir ke dunia.

“Urusan pembedahan berjalan lancar. Macam-macam perasaan ada bila kali pertama terdengar suara baby,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh vokalis kumpulan Caliph Buskers itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dikesempatan itu juga, Azmi turut menitipkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya itu selama ini.

“Syukur ya Allah. Moga saya dapat menjadi ayah yang baik. Terima kasih atas doa kalian yang tak putus-putus buat kami sekeluarga,” kongsinya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa gembira selain turut mendoakan agar anaknya itu membesar dalam keadaan yang baik dan sihat

“Alhamdulillah, tahniah Azmi

“Tahniah, semoga keluarga Abang Azmi sentiasa di dalam lindungan Allah SWT.

“Alhamdulillah, tahniah Azmi. Semoga isteri diberikan kesembuhan sepenuhnya. Baby dan ibu sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan.

“Tahniah Azmi. Syukur, Alhamdulilah. Semoga terus dilimpahkan rezeki dan kebahagiaan. Dikuatkan iman serta dapat membimbing anak menjadi seorang yang beriman dan beramal soleh,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sebelum ini, Azmin pernah memaklumkan dia dan isteri bersetuju untuk melahirkan bayi sulung meraka ini secara prosedur pembedahan dan memilih tarikh hari ini bersempena dengan hari lahirnya yang ke-33 tahun.

Sekadar informasi, Azmi dan isterinya, Naziah Muhammad yang juga merupakan pasangan cacat penglihatan atau orang kelainan upaya (OKU) ini telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada 2011.

Sumber: Instagram Azmi Saat via MH

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook