Pengantin terima hantaran ‘Kamen Rider’, tambahan kepada koleksi bernilai RM500,000… cuma sikit kecewa ada plan tak menjadi!

AKS1 seorang pengantin lelaki melakukan gaya seperti adiwira popular Jepun, Kamen Rider menjadi perhatian.

Walaupun tidak memakai kostum lengkap, namun tali pinggang Kamen Rider Ichigo yang dipakainya itu seperti serasi dengan busana baju pengantinnya.

Begitulah semangat waja yang ditonjolkan oleh seorang YouTuber yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Abang Kamen’ selepas berkahwin dalam norma baharu.

Abang Kamen atau nama sebenarnya Azrul Hafiz Azman memberitahu, dia melangsungkan pernikahan bersama gadis pilihan di Majis Salahuddin Al-Ayyubi di Taman Melati, Kuala Lumpur pada 9 September lalu.

Pemuda berusia 34 tahun itu berkata, tali pinggang ‘Complete Selection Kamen Rider Ichigo Belt (Typhoon)’ itu merupakan antara tujuh hantaran daripada pihak pengantin perempuan, berbalas lima.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya merupakan pengumpul tegar koleksi Kamen Rider dan permainan dari Jepun sejak berusia 15 tahun. Semuanya bermula dari minat effect Kamen Rider ketika ber4ksi.

“Syukur Alhamdulillah, isteri sangat supportive. Dia begitu menyokong minat saya dalam Kamen Rider,” katanya kepada mStar.

Mengimbas kembali, Azrul berkata, dia mengenali isterinya menerusi laman sosial Facebook pada Januari tahun ini dan sepatutnya bernikah pada Jun lalu tetapi terpaksa ditangguhkan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

pengantin kamen rider 3

Azrul (kiri) dan pasangan bernikah pada 9 September 2021.

Menurut anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu, pada mulanya helmet Kamen Rider Ichigo yang ditempah awal sepatutnya turut dijadikan sebagai barang hantaran buatnya.

“Memang saya tak rancang pakai kostum, sebab nak berbaju Melayu pada hari nikah. Tapi cadangnya selepas nikah nak sarung helmet dan tali pinggang Kamen Rider tu.

Tak tahu bila saya akan ‘pencen’ sebagai pengumpul koleksi Kamen Rider. Apa yang pasti keutamaan saya kini adalah isteri dan anak nanti insyaAllah

AZRUL HAFIZ AZMAN

“Saya dapat helmet tu seminggu sebelum tarikh nikah yang baru, tapi malangnya rekaannya tidak memenuhi spesifikasi yang saya beri seperti asal terutama pada bahagian mata.

“Memang frust dan ramai yang menjangkakan saya akan pakai helmet beserta belt Kamen Rider untuk video kahwin. Apa pun, saya amat bersyukur kerana urusan pernikahan saya dipermudahkan walaupun PKP,” katanya sambil menambah hantaran tali pinggang Kamen Rider itu bernilai kira-kira RM1,500.

pengantin kamen rider 4

Rakaman selepas bernikah.

Mengenai koleksi Kamen Rider, jurutera ujian perisian itu memiliki ratusan jenis yang dikumpul sejak sekolah menengah sehingga kini, malah sanggup bekerja secara sambilan ketika belajar untuk membelinya menggunakan wang poket sendiri.

“Koleksi Kamen Rider yang dikumpul sejak usia 15 tahun bernilai kira-kira RM500,000. Item paling mahal adalah tali pinggang complete selection berharga lebih RM2,000,” katanya yang melakukan reviu permainan terutama Kamen Rider di laman YouTube KamenSlasherz.

pengantin kamen rider 2

Hantaran daripada keluarga pengantin perempuan.

Dalam pada itu, Azrul berkata, dia berhasrat untuk mengadakan majlis persandingan berkonsepkan Kamen Rider sekiranya terdapat kelonggaran dan kebenaran untuk berbuat demikian daripada kerajaan pada masa akan datang.

Hasratnya untuk menyarung helmet Kamen Rider tetap diteruskan apabila membuat tempahan yang baharu, yang mana kali ini daripada seorang pereka cosplay di Indonesia dan dijangka siap akhir November atau awal Disember depan.

pengantin kamen rider 1

Azrul bersama koleksi Kamen Rider.

“Saya tidak akan sarung kostum pada hari berkenaan, sebaliknya memakai baju pengantin seperti seorang putera raja dengan rekaan busana ala tentera.

“ser4mai 10 pengiring memakai cosplay masing-masing lima orang di kiri dan kanan, di mana saya dan isteri akan berjalan di bawah pedang Kamen Rider yang disilangkan mereka, untuk ke pelamin.

“Itu impian majlis persandingan saya ketika saya masih single dan available pada 2014. Sekarang saya bertemu jodoh yang menyokong minat saya dalam Kamen Rider, saya akan merealisasikannya apabila majlis dibenarkan pada masa akan datang.

“Tak tahu bila saya akan ‘pencen’ sebagai pengumpul koleksi Kamen Rider. Apa yang pasti keutamaan saya kini adalah isteri dan anak nanti insyaAllah,” katanya yang turut berhasrat untuk membawa isteri berbulan madu ke Jepun, negara kelahiran Kamen Rider.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar