“Saya Terus Peluk Dia & Minta Bersiap…” – Hafiz Mahamad Kongsi Detik Isteri KehiIangan Orang Tersayang

Jiwa mana yang tidak koyak apabila orang yang kita sayang pergi buat selamanya. Begitulah yang dialami oleh pengasas kosmetik dan selebriti media sosial popular, Syafiqah Aina.

Menerusi hantaran video pengkebumian yang dikongsikan oleh suaminya, Hafiz Mahamad, datuk kepada Aina, telah pergi menghadap Illahi petang kelmarin.

“Semalam petang saya sampai sahaja ke rumah dari kerja, isteri beritahu atuk sudah tiada. Saya terus peluk dia dan minta dia bersiap, sebab dia sayang sangat dengan atuk dan opah dia,” tulis Hafiz.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Hafiz turut berkongsi mengenai kisah hubungan cinta arw4h datuk Aina yang disifatkannya sebagai sebuah cinta sejati.

“Saya suka dengan kisah atuk dan opah. Bercinta selama 57 tahun sehingga nyawa yang pisahkan mereka, Ya Allah.

“Dari zaman saya baru kenal dengan Aina dulu, kalau saya jumpa atuk dan opah Aina, mereka banyak nasihat saya untuk bahagiakan cucu dia. Nasihat orang tua, semuanya berguna,” tulisnya lagi.

Menurut Hafiz, dia turut berpesan kepada isterinya untuk terus kuat. Walaupun kehilangan orang yang disayang, namun nasihat berguna tetap abadi selamanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

“Kuatkan semangat isteriku. Kita hilang insan hebat hari ini, tapi nasihat nasihat atuk kita pegang ya sayang. Kita bercinta hingga syurga ya sayang ku. Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk Hj Mohd Noor Bin Hassan,” tutup Hafiz.

Sementara itu, Aina menerusi kemas kini di Instagram Story turut merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang sudi mengirimkan doa buat arw4h datuknya.

“Alhamdulillah, terima kasih semua atas doa yang dikirim untuk arw4h atuk Aina. Semoga Allah terima segala doa-doanya dan pulangkan segala yang terbaik untuk awak semua,” tulis Aina.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Gempak