Sajat Sudah Dit4han, Ini Lokasi Ketika Di T4han “Bvkan P0lis Mal4ysia”

Kuala Lumpur: Misteri ‘kehilangan’ usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur saj4t kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditah4n pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.

Penahanan Nur saj4t dilakukan pihak berkuasa negara gajah putih itu selepas mendapat maklumat mengenai keberadaan usahawan kosmetik di Bangkok, Thailand daripada pihak berkuasa Malaysia.

Sumber memaklumkan Nur saj4t, 36, ditahan di sebuah kond0minium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki juga berperwatakan wanita warga Thailand ketika serbuan pihak imigresen.

Memperincikan perkara itu, sumber memberitahu Skuad Khas Harian Metro bahawa berdasarkan maklumat dikongsikan p0lis Diraja Malaysia (PDRM) kepada pihak berkuasa Thailand mengenai lolosnya usahawan berkenaan ke negara berkenaan pada awal Mac lalu, usaha mengesannya dilakukan jabatan imigresen Thailand.

“Pada 4 Jun, pihak imigresen Thailand mengesan lokasi persembunyian Nur saj4t iaitu di sebuah kondo mewah di tengah Bangkok.

“Selepas risikan dan intipan dilakukan, pada 8 September sekitar jam 6 petang (waktu Thailand) serbuan dilakukan di lokasi persembunyiannya. Hasilnya, Nur saj4t ditahan dan semakan pihak imigresen Thailand mengesahkan dia adalah individu yang melarikan diri serta dikehendaki pihak berkuasa Malaysia. Malah, pasport milik usahawan kosmetik itu juga sudah dibatalkan kerajaan Malaysia,” katanya memaklumkan Nur saj4t ditahan bersama dengan seorang lelaki tempatan (Thailand) yang juga berperwatakan sepertinya di kond0minium mewah itu.

Menurutnya, Nur saj4t kemudiannya dibawa dan ditah4n di Ibu Pejabat Imigresen Cawangan Pembanterasan Pendatang Tanpa Izin Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen di negara gajah putih itu.

“Pada 9 September atas kesalahan itu, Nur saj4t didakwa di m4hkamah Thailand. Nur saj4t bagaimanapun dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

“Wang itu dibayar oleh seorang kenalannya dikenali sebagai Misha yang dilaporkan terbang ke Thailand untuk urusan jaminan Nur saj4t,” katanya.

Ditanya di manakah Nur saj4t kini berada, sumber itu memaklumkan, Nur saj4t masih berlindung di kond0minium mewah di tengah ibu kota Bangkok itu.

“Walaupun dia dibebaskan dengan jaminan, Nur saj4t diarahkan untuk hadir ke pejabat imigresen Thailand setiap 14 hari,” katanya.

Menjawab soalan wartawan, sumber itu memaklumkan, pihak berkuasa Malaysia sedang berunding dengan kerajaan Thailand untuk membawa pulang Nur saj4t ke negara ini.

“Usaha membawanya pulang untuk menghadapi perbicaraan di M4hkamah Tinggi Syariah di Selangor atas kesalahan berpakaian wanita yang dilakukannya di Shah Alam pada tahun 2018 itu sedang berlangsung.

“Rundingan agak sukar tetapi kita tetap optimis untuk membawanya pulang. Sukar disebabkan ada campur tangan pihak antarabangsa membabitkan negara dan pertubuhan tertentu yang menghalangnya,” katanya.

KRONOLOGI kes babitkan Sajjad.

Tunggu kebenaran nak pindah Australia

Kuala Lumpur: Usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur saj4t didakwa sedang memohon perlindungan dan kebenaran untuk berpindah ke Australia.

Nur saj4t yang kini dalam pemantauan pihak berkuasa Thailand selepas penahanannya pada 8 September lalu atas kesalahan imigresen dilaporkan sedang berusaha mendapatkan perlindungan daripada negara berkenaan.

Sumber memberitahu bahawa ketika ditahan pihak berkuasa imigresen Thailand pada 8 September lalu, Nur saj4t hanya menunjukkan salinan pasportnya kepada pegawai penyiasat melalui telefon bimbitnya.

“Semakan imigresen Thailand mendapati pasport Nur saj4t dibatalkan kerajaan Malaysia. Dia (Nur saj4t) kemudian menyerahkan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan memaklumkan adalah seorang pelarian.

“Hasil soal siasat dilakukan pegawai imigresen Thailand, Nur saj4t memaklumkan dia sedang mendapatkan kebenaran berpindah dan berlindung di Australia.

“Semakan mendapati Nur saj4t memperoleh kad UNHCR yang dikeluarkan ibu pejabat badan itu di Bangkok,” katanya.

Sumber sama memaklumkan, ibu pejabat UNHCR di Bangkok juga sudah menyediakan peguam untuk Nur saj4t dan dilaporkan bersedia membantunya untuk mendapatkan kebenaran berpindah ke Australia.

“Beberapa urusan berkaitan perpindahan Nur saj4t juga sedang diusahakan UNHCR dengan wakil kedutaan Australia di Bangkok,” katanya.

Skuad Khas Harian Metro sedang mendapatkan ulasan UNHCR Malaysia dan Bangkok serta Kedutaan Australia di Malaysia berhubung dakwaan itu.

Ditanya apa alasan sebenar Nur saj4t untuk memohon kad pelarian dan berpindah ke Australia, sumber berkata, usahawan kosmetik itu mendakwa dia mendapat ugutan bvnvh selepas mengumumkan keluar daripada Islam selain diburu lebih 100 penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:trending sangt