Baru semalam dilantik jadi TPM, ini yg akan berlaku kpd Ismail Sabri selepas Umno umum tarik sokongan kpd kerajaan

Pemimpin parti komponen dan parti penyokong Perikatan Nasional (PN), menyokong penuh pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan menyifatkan pelantikan itu sebagai tepat.

Rata-rata mereka melahirkan pandangan Menteri Pertahanan itu mampu menstabil dan memperkukuh kerajaan dengan pengalaman yang cukup luas di dalam kabinet serta parti, terutama dalam situasi negara sedang mengurus pandemik cov1d-19 ketika ini.

Tapi pagi ini, Selepas hampir lima jam bermesyuarat, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat keputusan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuatkuasa serta-merta.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketetapan tersebut diambil berpandukan tujuh kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Muhyiddin dalam memenuhi aspirasi yang digariskan parti itu.

Pemimpin Umno dalam kerajaan mesti letak jawatan segera, kata penganalisis

PETALING JAYA: Keputusan Umno untuk menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri bermaksud semua pemimpin parti dan Ahli Parlimen yang memegang jawatan dalam kerajaan mesti meletakkan jawatan dengan segera, menurut seorang penganalisis.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya (UM) berkata, ini termasuk mereka yang memegang jawatan menteri mahupun ketua-ketua GLC.

“Jika tidak patuh, ini bermaksud mereka mel4ngg4r mandat perwakilan Perhimpunan Agung Umno, dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

“Ini pastinya akan membawa kepada tindakan disiplin, termasuk pemecatan segera, jika mereka terus menentang arahan parti,” katanya kepada FMT, sambil menambah, ramai dijangka menuruti keputusan parti.

Awang Azman Pawi.

Tambahnya, mereka yang memutuskan untuk terus menyokong Muhyiddin sebagai PM dijangka melompat ke Bersatu.

“Namun, ini dijangka hanya akan melibatkan Ahli Parlimen, bukan ahli akar umbi, dan ia tidak akan membawa kepada pembubaran cawangan atau bahagian,” katanya.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membuat pengumuman penting itu semalam berikutan mesyuarat MKT yang berlangsung lebih empat jam.

Keputusan itu juga dibuat hanya beberapa jam selepas Muhyiddin melantik Na1b Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Kanan.

Pada sidang medianya lewat malam tadi, Zahid tidak menyentuh mengenai jawatan TPM baharu Ismail, mungkin menyerahkan kepada beliau sendiri untuk menyatakan pendiriannya.

Oh Ei Sun.

Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, sementara kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) secara rasmi telah kehil4ngan majoriti Parlimennya, Zahid tidak memberikan arahan yang jelas mengenai langkah Umno seterusnya.

Jaminan Zahid untuk tidak menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai PM atau bekerjasama dengan DAP juga menimbulkan persoalan mengenai bagaimana kerajaan seterusnya akan dibentuk dan siapa yang akan memimpinnya.

“Umno dan PKR saja tidak cukup untuk bentuk kerajaan, jadi masih perlu DAP,” katanya.

“Yang di-Pertuan Agong sekarang harus melantik PM yang pada pandangan baginda berkemungkinan dapat menguasai majoriti Parlimen,” kata Oh kepada FMT.

Apabila ditanya siapa yang boleh mengambil alih jawatan PM daripada Muhyiddin jika bukan Anwar, yang dikhabarkan disokong oleh Zahid, Oh berkata, Dr Mahathir Mohamad mungkin menjadi PM sekali lagi.

Katanya, Umno “pasti” akan sudi bekerjasama dengan bekas presiden Umno itu kerana beliau adalah “bos lama mereka”.

Para pemimpin Umno yang memutuskan untuk terus menyokong Muhyiddin sebagai PM dijangka melompat ke Bersatu. (Gambar Bernama)

Lee Kok Tiung.

Tidak mungkin Zahid menjadi PM kerana beliau terkenal atas ketidakcekapannya, sementara veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah juga tidak sesuai untuk jawatan itu, tambahnya.

Bagaimanapun, Lee Kuok Tiung daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata, melantik PM baharu tidak semestinya akan memperbaiki situasi semasa, melainkan kerajaan baharu dapat tampil dengan rancangan lebih baik.

“Saya yakin situasi di Malaysia buruk, tetapi boleh jadi lebih buruk jika langkah-langkah yang telah dijalankan tidak diambil,” katanya kepada FMT.

Kamarul Zaman Yusoff.

Sementara itu, Kamarul Zaman Yusof daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, nasib kerajaan belum dapat ditentukan kerana Zahid tidak memperincikan bagaimana keputusan itu dicapai dan sama ada ia dipersetujui semua Ahli Parlimen.

“Sehingga majoriti Ahli Parlimen Umno menandatangani akuan bersumpah bahawa mereka tidak lagi menyokong Muhyiddin, kita tidak boleh anggap beliau telah kehil4ngan sokongan majoriti di Dewan Rakyat,” katanya.

Cara terbaik untuk menentukan sama ada Muhyiddin mempunyai keyakinan majoriti adalah melalui undian di Parlimen, tambahnya.

Zahidi mendakwa 30 Ahli Parlimen UMNO telah bersetuju agar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu meletak jawatan selepas terpalit dengan k3s mahkamah. – Gambar fail/BERNAMA

Mesyuarat MKT UMNO: Ahmad Zahid perlu berjiwa besar, letak jawatan demi parti – Zahidi

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu berjiwa besar seperti pemimpin-pemimpin parti itu sebelum ini untuk mengundurkan diri susulan beberapa kontroversi membabitkan beliau selain sedang berhadapan k3s r4sv4h di mahkamah.

Dakwa Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin, 30 Ahli Parlimen UMNO termasuk yang berstatus Menteri dan Timbalan Menteri telah bersetuju bahawa presiden parti itu perlu melepaskan jawatannya bagi memastikan UMNO tidak kalah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

“Zahid mencadangkan Ahli Parlimen UMNO, Menteri, Timbalan Menteri letak jawatan dan tarik sokongan daripada kerajaan.

“Jadi kita berbincang bersama Ahli Parlimen UMNO, kita letak jawatan parti untung ke? Zahid letak jawatan parti untung.

“Kalau kita letak jawatan, pertama sekali kita tiada peruntukan, pegawai-pegawai kita lantik berhenti kerja, kita kena menghadapi PRU-15 sebagai pembangkang, UMNO tidak pernah menghadapi PRU sebagai pembangkang, tidak pernah,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.

Tambah Zahidi, Presiden UMNO itu akan dilihat berjiwa besar dan meletakkan jawatan seperti mana tindakan yang diambil beberapa pemimpin UMNO sebelum ini.

Ia katanya akan mengembalikan harapan dan sokongan rakyat kepada parti itu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

“Kalau Zahid letak jawatan,kita pastikan ramai rakyat akan sokong UMNO. Pemimpin UMNO dari dulu siapa ada k3s mahkamah kita letak jawatan, untuk kita pastikan bahawa kita mengemukakan pemimpin yang bersih dan dapat sokongan rakyat kepada UMNO dan BN.

“Amalan kita dulu seperti Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Tan Sri Muhammad Muhammad Ta1b dan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, dia letak jawatan.

“Tiba-tiba Zahid tak letak jawatan? Sudah tentu dalam pilihan raya tiada yang menyokong UMNO, kalau dia letak jawatan sudah tentu rakyat akan kembali sokong UMNO lagi,” jelasnya lagi.

Mengulas lanjut Zahidi mendakwa keputusan untuk mendesak Ahmad Zahid untuk meletakkan jawatan telah disepakati lebih 30 Ahli Parlimen UMNO dalam satu mesyuarat di Wisma Pahlawan baru-baru ini.

Berhubung audio suara mirip Presiden UMNO itu yang tular dan dikaitkan dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim jelasnya, beliau menyerahkannya kepada pihak-pihak terbabit untuk mengambil tindakan.

Malam ini, satu mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan diadakan secara maya di Menara Dato Onn di ibu negara dipercayai antara lain bagi membuat keputusan sama ada parti itu akan keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) atau sebaliknya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "Baru semalam dilantik jadi TPM, ini yg akan berlaku kpd Ismail Sabri selepas Umno umum tarik sokongan kpd kerajaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*