PM Tan Sri Muhyiddin Yassin Dimasukkan Ke Hosp1tal, Ramai Yang Doakan Untuk Beliau

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dimasukkan ke sebuah h0sp1tal di ibu negara kerana mengalami diarea sejak semalam.

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan hari ini.Katanya, Muhyiddin didaftar masuk ke sebuah h0sp1tal di ibu negara pagi ini untuk menerima raw4tan dan pemantauan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, ialah Ahli Parlimen P143 Pagoh sejak 1978 hingga 1986 dan pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan serta Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri dalam tempoh tersebut.

Kemudiannya beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor daripada tahun 1986 hingga 1995 sebaik dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang.

Selepas itu Tan Sri Muhyiddin kembali berkhidmat dengan kerajaan persekutuan sebaik terpilih semula sebagai Ahli Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum 1995.

Pada Pihan Raya Umum ke-14 lalu, beliau turut terpilih sebagai (ADUN) N09 Gambir.Tan Sri Muhyiddin kini menyandang jawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) .

Selepas PRU14 beliau dilantik menerajui Kementerian Dalam Negeri.Tan Sri Muhyiddin pernah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-10 semasa menganggotai Jemaah Menteri pada 2013.

Sebelumnya, sejak tahun 1995 hingga 2015, beliau menyandang beberapa jawatan termasuk sebagai; Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Pelajaran dan Menteri Pendidikan I.

Tan Sri Muhyiddin berkahwin dengan Puan Sri Hajjah Noorainee Abdul Rahman pada 22 September 1972 dan dikurniakan 4 cahaya mata.Diperingkat awal kerjayanya di sektor awam, bermula sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Bahagian Latihan dan Biasiswa) pada 1970 dan kemudiannya sebagai Penolong Pegawai Daerah Muar pada 1974.

Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting sektor korporat di beberapa anak syarikat pelaburan kerajaan negeri termasuk Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Darul Takzim (PKENJ); kini Perbadanan Johor (JCorp) sejak 1974 hingga 1978.Tan Sri Muhyiddin menyertai BERSATU sejak September 2016 dan dilantik sebagai Presiden BERSATU dan Ketua BERSATU Bahagian Pagoh pada tahun sama.

Tan Sri Muhyiddin sebelum ini pernah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional dari tahun 2009 hingga tahun 2015.

Kredit: HMetro

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : ASN