“Something ls Not Right.. ” – Akma Abdullah Minta Rakan Rapat lqram DinzIy Beri Bantuan Segera

Beberapa tahun lalu, nama Iqram Dinzly pernah menjadi bualan hangat netizen apabila dia memperagakan beberapa aksi pelik sehingga menerima kec4man ramai di akaun media sosial miliknya. Bagaimanapun, Iqram kini dilihat kembali aktif melakukan live di akaun TikTok dan Bigo Live miliknya dan Iqram lakukan aktiviti luar biasanya sambil bersembang secara langsung dengan pengikutnya di media sosial.

Aksi dan perubahan tingkah laku pelakon Iqram Dinzly yang semakin aneh telah menarik perhatian beberapa rakan selebriti termasuklah penyanyi dan pengacara, Akma Abdullah. Menerusi video hantaran yang dimuat naik oleh Akma yang menunjukkan Iqram lakukan aksi anehnya menyebakan ramai pengikut Akma juga meluahkan rasa simpati.

Akma atau nama sebenarnya Asiahtunakma Abdullah memohon rakan selebriti yang berkawan rapat dengan pelakon itu supaya tampil untuk beri bantuan sewajarnya kepada Iqram. Tambahnya, dia percaya bahawa ada sesuatu yang tidak kena telah terjadi kepada Iqram sehingga perwatakan dan kelakuannya berubah menjadi aneh.

“Dahulu semasa Iqram keluar dengan imej baharu, macam-macam dia buat. Saya fikir dia saja-saja (jadi aneh).

“Tapi apabila dah lama-lama, sampai ke tahap macam ini, saya rasa something is not right (ada sesuatu yang tidak kena). Subhanallah,” – Akma.

Akma kemudian menyatakan bahawa dia yakin ramai rakan selebriti yang rapat dengan Iqram dan mungkin ada antara mereka boleh bantu dan pujuk Iqram untuk dapatkan rawatan segera. Video yang dikongsi oleh Akma merupakan salah satu hantaran yang dikongsikan oleh pendakwah bebas, PU Syed.

PU Syed turut bersetuju bahawa Iqram perlu dirawat jika benar dia mempunyai masalah kesihatan. Difahamkan, PU Syed memberi pandangan sedemikian selepas Iqram mengeluarkan satu kenyataan dan tingkah laku yang dikhuatiri boleh menyebabkan akidahnya terpesong semasa melakukan live di media sosial.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYED MOHD BAKRI BENYAHYA™ (@_pusyed)

Tinjauan di ruangan komen, seorang rakan selebriti iaitu Amylea Azizan turut sama meminta orang ramai jangan jauhi dia sebaliknya bantu dia supaya Iqram tidak rasa diabaikan. Jelas Amylea, dirinya juga yang pernah mengalami masalah mental illness juga tidak mahu dibiarkan keseorangan. Ada juga pengikut Akma, bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Amylea dan menyatakan mungkin Iqram hanya perlvk4n kawan-kawan. Bagaimanapun, ada juga yang meluahkan Iqram mungkin hanya mahukan perhatian.

Sumber: Instagram Akma Abdullah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon 

Sumber : koolfm, youtube metrowealth