Azalina Bagitahu Berhenti Alih Tiang Gol, Sekali Takiyuddin Balas ‘Tiada siapa alih tiang gol, hanya bantu referee buat pengadilan betul’

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said mengkritik menteri undang-undang Takiyuddin Hassan berhubung kenyataannya bahawa kabinet akan menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai sama ada daru.rat akan dilanjutkan atau tidak.

Azalina, yang pernah menyandang jawatan dipegang Takiyuddin, berkata bahawa kerajaan tidak seharusnya “mengalihkan tiang gol” ketika daru.rat hampir berakhir.

“Sekiranya demikian (kabinet akan menasihati Agong), apa gunanya membentuk Jawatankuasa Khas Bebas untuk menasihati Yang di Pertuan Agong di bawah Seksyen 2 (1) Ordinan Daru.rat 2021?

“Berhenti mengalihkan tiang gol!” katanya dalam ciapan di Twitter dengan menandakan (tag) akaun Takiyuddin.

Di bawah Seksyen 2 (1) undang-undang itu, jawatankuasa bebas yang terdiri daripada 19 orang mempunyai satu tugas – untuk memberi nasihat kepada Agong mengenai tarikh daru.rat harus ditamatkan.

Walau bagaimanapun, jawatankuasa itu dilihat mengunci mulut, dengan pengerusinya Arifin Zakaria mengatakan bahawa laporan mereka hanya untuk Agong.

Peguam Haniff Khatri, berpendapat bahawa oleh kerana peranan jawatankuasa tersebut termaktub dalam Ordinan Daru.rat – kerajaan telah mengalihkan tanggungjawab untuk memberi nasihat kepada Agong tentang tempoh daru.rat dari kabinet kepada jawatankuasa berkenaan.

“Justeru, Takiyuddin adalah disarankan untuk patuhi peruntukan Seksyen 2(1) Ordinan Daru.rat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

“Sebagai menteri parlimen dan perundangan beliau juga wajib menentukan kerajaan Muhyiddin Yassin tidak mencampuri urusan tempoh daru.rat yang terletak pada jawatankuasa khas bebas itu, serta juga menjamin dan menentukan bahawa kerahsiaan dan keperibadian laporan jawatankuasa khas bebas itu pun dipelihara untuk tatapan dan nasihat Agong sahaja,” katanya.

Daru.rat sebelum ini dijadual berakhir pada 1 Ogos.

Takiyuddin sebelum ini menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab kabinet untuk menasihati Agong mengenai tempoh daru.rat.

Takiyuddin berkata demikian sebagai respons kepada Ketua Pengarah Kementerian k3sihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Noor Hisham dipetik oleh Malay Mail sebagai berkata bahawa hanya Agong yang mempunyai budi bicara berhubung tempoh daru.rat.

‘Tiada siapa alih tiang gol, hanya bantu referee buat pengadilan betul’

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan menafikan bahawa kabinet “mengubah tiang gol” berhubung tempoh daru.rat.

Sebaliknya, dia berkata kabinet hanya “memperbetulkan” peraturan untuk membantu “pengadil” membuat keputusan yang tepat.

“Tiada siapa yang alih tiang gol, yang dibuat adalah betulkan peraturan permainan supaya membantu referee buat pengadilan yang betul.

“‘Untuk mencapai matlamat tidak bermaksud mengubah tiang gol,” katanya menerusi Twitter malam tadi.

Tidak jelas apa yang dimaksudkannya dengan “membetulkan” peraturan permainan.

Takiyuddin memberi respon terhadap Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said yang mengkri.tik kenyataannya bahawa kabinet akan memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai sama ada daru.rat akan dilanjutkan atau tidak.

Azalina dan yang lain berpendapat bahawa langkah menasihati Agong mengenai tempoh daru.rat adalah tugas jawatankuasa khas bebas yang ditubuhkan untuk tujuan itu.

Ditubuhkan di bawah Seksyen 2 (1) Ordinan Darurat 2021, jawatankuasa bebas yang dianggotai oleh 19 orang mempunyai tugas untuk memberi nasihat kepada Agong mengenai waktu daru.rat harus berakhir.

Peguam Haniff Khatri, berpendapat bahawa oleh kerana peranan jawatankuasa tersebut termaktub dalam Ordinan Daru.rat – kerajaan telah mengalihkan tanggungjawab untuk memberi nasihat kepada Agong tentang tempoh daru.rat dari kabinet kepada jawatankuasa berkenaan.

Darurat yang sebelum ini dinyatakan untuk menangani peningkatan k3s cov1d-19 akan berakhir pada 1 Ogos.

Takiyuddin sebelum ini menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab kabinet untuk menasihati Agong mengenai tempoh daru.rat sebagai respons kepada Ketua Pengarah Kementerian k3sihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Noor Hisham dipetik oleh Malay Mail sebagai berkata bahawa hanya Agong yang mempunyai budi bicara berhubung tempoh daru.rat.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://trendingsangat.pw/