“Minimum 7A ok!” Raikan Kejayaan Pelajar SPM, Wawa Zainal Beri Ini Sebagai Reward

Bagi meraikan kejayaan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menerima keputusan cemerlang semalam, pelakon dan usahawan muda, Wawa Zainal dengan baik hati memberi g4njaran sebanyak RM200 seorang.

Wawa secara rawak menerusi akaun Instagram (IG) miliknya meminta pelajar SPM yang cemerlang menerima 7A ke atas untuk menunjukkan keputusannya di mesej peribadi untuk diberi hadiah saguhati tersebut.

“Congratulations my adik-adik yang dapat result SPM tadi. Siapa dapat 7A? Meh DM (mesej peribadi) Kak Wawa result sebab nak bagi reward.

“Minimum 7A ok! PM result adik-adik. Kena tunjuk result baru dapat ok. Kak Wawa bagi RM200,” katanya di Insta Story.

Lewat malam tadi menerui kemas kini terbaharunya, Wawa memuat naik foto bukti pemindahan RM200 ke beberapa akaun bank yang dipercayai pelajar cemerlang yang dipilihnya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji caranya dalam memberi reward atau g4njaran kepada pelajar cemerlang.

“Alhamdulilah semoga murah rezeki…”- puji salah seorang pengikutnya.

Wawa mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aeril Zafrel dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak via TTK