“Rakyat kata ‘Apa bod0h perdana menteri’… tak apalah”

DALAM menangani kr1sis c0v1d-19, kerajaan juga peka dengan rungutan serta kemar4han rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau sendiri turut menjadi sasaran kemar4han orang ramai.

“Bolehlah nak salahkan kerajaan, mar4h perdana menteri pun tak apalah, saya terimalah. Rakyat kata: ‘Apa bodoh perdana menteri’, tak apa…,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata demikian menerusi program Bicara Khas bertajuk Cabaran P4ndemik c0v1d-19: Eksklusif Bersama Perdana Menteri yang disiar secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan pada malam Ahad.

Menurut Muhyidin, kerajaan telah melakukan pelbagai usaha, namun negara tidak mampu melakukannya secara drastik.

Disebabkan itu, beliau memohon orang ramai agar terus menjaga diri sendiri dan kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Tambah beliau, antara masalah yang timbul pada masa ini termasuklah kekurangan katil h0sp1tal dan katil unit rawatan rapi (ICU).

“Tapi tambah berpuluh ribu katil pun tidak akan bermakna.

“Kalau naik kepada 20,000, setakat manalah kita mampu? Kita tak boleh buat begitu, negara maju pun tak terbuat macam itu.

“China terpaksa buat h0sp1tal dalam empat ke lima hari, tapi kita tak boleh buat.

“Jadi kita terpaksa minta tolong rakyat, bantu diri sendiri. Jagalah kita. Kita nak jaga diri kita supaya kita tak s4kit, atau terk0rban kerana kelekaan kita,” ujar beliau lagi.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar