Jejaka Ini Seb4k Lihat Raut Wajah Makcik Sambut 1 Syawal Di Bawah Tangga Bangunan Dan Ini Yang Dilakukannya

KITA semua pastinya mahu berkumpul dengan ahli keluarga dan sanak-saudara pada pagi 1 Syawal.

Namun, seorang wanita Melayu meraikan hari mulia itu dalam keadaan serba daif apabila dia ditemui tidur di bawah tangga sebuah bangunan pada Khamis lalu.

Menurut Muhammad Rafiq Rahimi Mohd Radzif, 23, dia pada waktu itu keluar untuk membeli barang sebelum terserempak dengan wanita berkenaan.

“Pagi raya tu kami sekeluarga dah siap bersalaman dan bermaafan. TIba-tiba mak minta saya keluar beli senduk.

“Saya pergi ke sebuah pasar raya Mydin di Melaka Sentral. Sewaktu nak keluar, saya ternampak makcik tu tidur sendirian di bawah tangga.

“Jadi saya balik ke rumah, maklumkan pada mak dan kami bungkus makanan sebelum saya pergi semula untuk bagi kepada makcik tu,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Afiq, dia ternyata seb4k mengenangkan nasib wanita itu yang sebatang kara dan meraikan Aidilfitiri dalam keadaan cukup hiba.

Afiq merupakan anak bongsu daripada empat beradik.

Namun katanya, dia lega melihat wanita itu tersenyum selepas dihulurkan juadah rendang, ketupat dan sambal udang yang dimasak sendiri oleh ibunya, Noridah Alwei yang kini berusia 51 tahun.

“Masa pertama kali saya tengok makcik tu, terus saya seb4k. Saya fikir pada pagi raya kita semua akan bersama keluarga, tapi makcik tu tidur bawah tangga.

“Autom4tik rasa kesian. Sewaktu jumpa, sempatlah kami borak sekejap. Makcik tu kata dah lama dia hidup macam tu.

“Saya cuma nak tunjuk bahawa ada ramai orang susah di luar sana dan kita perlu rajin bersedekah.”

AFIQ

“Saya tanya anak dia, makcik tu cakap entahlah... kemudian dia tersenyum sahaja. Terus saya rasa lagi seb4k,” imbas anak bongsu daripada empat beradik itu.

Menurut Afiq, dia tidak berniat menunjuk-nunjuk apabila berkongsi video pertemuannya dengan wanita itu di laman sosial.

Afiq bersama ibunya.

Sebaliknya, dia mahu memberi mesej mengenai amalan sedekah serta berharap agar nasib wanita itu terbela.

“Saya tak tunjuk muka makcik tu dalam video, saya sendiri pun pakai mask. Tiada niat nak menunjuk-nunjuk.

“Saya cuma nak tunjuk bahawa ada ramai orang susah di luar sana dan kita perlu rajin bersedekah.

“Lagi banyak kita bagi, lagi banyak Allah akan balas semula rezeki kita,” ujarnya lagi.

Bercerita mengenai dirinya, Afiq merupakan penuntut bidang Kejuruteraan Automotif di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Melaka.

Pada masa sama, Afiq turut menjalankan perniagan produk kesihatan dan kecantikan untuk mencari sumber pendapatan sendiri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "Jejaka Ini Seb4k Lihat Raut Wajah Makcik Sambut 1 Syawal Di Bawah Tangga Bangunan Dan Ini Yang Dilakukannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*