Apa k3s pakai baju Melayu ‘koy4k sampai keti4k’ di pagi raya? Lelaki ini cool, tak mar4h tukang jahit – “Cukuplah sekali je, tahun depan nak macam biasa”

SIAPA yang tidak teruja menyambut Aidilfitri dengan baju baharu.

Namun keterujaan seorang pemuda bertukar kejutan apabila baju Melayu yang ditempah untuk dipakai pada 1 Syawal kelihatan agak pelik.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, kedua-dua lengan baju Melayu warna biru milik pemuda itu kelihatan ‘koyak’ hingga ke paras ketiak.

Pemuda berkenaan, Fendi Islam Adenan memberitahu, baju Melayu tersebut ditempahnya di sebuah butik di Kuala Lumpur pada awal Ramadan lalu.

Pada mulanya Fendi menyangka zip lengan baju Melayu yang ditempah hanya dijahit hingga paras siku.

Bagaimanapun anak muda berusia 32 tahun itu berkata, baju Melayu tersebut bukan koyak seperti yang disangkakan, sebaliknya ia dipasang dengan zip hingga ke paras ketiak.

“Rakan tolong hantar kain untuk tempah baju Melayu sekali dengan baju yang dah ada sebagai contoh. Memang saya minta untuk letak zip di lengan, tapi sampai paras siku saja.

“Memandangkan saya menetap di Dungun, Terengganu, baju yang dah siap dikirim menerusi penghantaran pos dan tiba lima hari sebelum 1 Syawal. Saya ada cuba pakai baju tu untuk periksa sama ada muat atau tidak, tetapi tak pula cuba zip lengan tu,” katanya kepada mStar.

Fendi menjelaskan dia tidak mencuba zip di bahagian lengan kerana ia merupakan baju Melayu yang ditempah dengan rekaan sebegitu dengan tukang jahit yang sama sejak 2019.

“Pagi raya (1 Syawal) saya seterika baju tu, tapi tak perasan apa-apa pun. Sehinggalah ke pukul 11 pagi, masa tu saya nak cuci pinggan selepas makan juadah raya.

“Memang saya minta zip dipasang di bahagian lengan sampai ke paras siku untuk saya singsing lengan, mudahkan ambil wuduk, cuci pinggan atau angkat barang berat.

“Saya terkejut bila tarik zip ke siku, ia tertarik sampai ke ketiak. Memang terkejut sebab saya tak minta zip dipasang sampai situ,” ujar anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu.

Fendi (tengah) bersama ibu bapanya.

Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, dia kemudian berkongsi mengenai baju rayanya itu di aplikasi TikTok kerana pengalaman pertama itu melucukan.

“Saya tak marah tukang jahit tu sebab dah kenal untuk tempah baju, servis sebelum ni pun okay. Mana nak dapat tukang jahit yang masih terima tempahan walaupun saat akhir.

“Cuma rasa kelakar sebab nampak pelik bila lengan tu terbel4h sampai ke bahagian ketiak. Lengan tu tak koyak pun, hanya zip yang dipasang sampai ke ketiak,” katanya.

 

Saya minta zip dipasang di bahagian lengan sampai ke paras siku untuk saya singsing lengan, mudahkan ambil wuduk, cuci pinggan atau angkat barang berat

FENDI

Namun, Fendi tidak menyangka video yang menunjukkan ‘baju Melayu ketiak’ itu menjadi perhatian netizen sehingga menerima pelbagai komen dan reaksi yang tidak disangka-sangka.

Ini termasuklah rekaan lengan itu kelihatan mirip gaya selendang Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Fendi mahu menjadikan baju Melayu tersebut sebagai kenang-kenangan.

“Bila saya tunjuk lengan terbelah tu kat famili saya, mereka ketawa berdekah-dekah. Baca komen netizen pula buat saya rasa macam nak pecat perut ketawa nak terkeluar air mata.

“Ada yang kata lengan terbelah sampai ke ketiak tu untuk mudahkan saya cucuk vaksin c0v1d-19 lah, sesuai untuk angkat dumbbell sebab kebetulan memang saya ‘kaki gim’.

“Antara komen kelakar lain kata kalau lepas makan rendang, nak guna pengelap pakai saja lengan baju tu. Tapi paling kelakar sampai tak berhenti ketawa bila ada yang komen baju tu dah ada ‘sayap’ boleh terbang rentas negeri,” ujarnya secara berselor0h.

Fendi bagaimanapun tidak bercadang untuk mengubahsuai atau memperbaiki lengan baju Melayunya itu kerana mahu menjadikannya sebagai kenang-kenangan.

“Saya pun silap tak periksa dulu, dan kata okay je kat tukang jahit bila dah cuba baju tu. Tapi cukuplah sekali je, tahun depan nak zip lengan sampai siku macam biasa,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar