Fiza Halim cer4i kali ketiga melalui Whatsapp, reda jodoh tak panjang – “Harap jangan dih1na saya lagi”

SEKIAN lama berteka-teki mengenai status diri, akhirnya bekas anggota kumpulan Elite iaitu Fiza Halim mengesahkan sudah bercer4i dengan Aizat Al Jefri sejak 22 Julai tahun lalu.

Reda ikatan perkahwinannya dengan juruterbang itu tidak panjang, Fiza berkata percer4ian ini merupakan ujian dan dugaan hidup yang dilaluinya sebagai manusia biasa.

Justeru itu, Fiza atau nama sebenar Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 43, memohon tiada lagi f1tn4h dan hinaan dilemparkan terhadapnya selepas perkahwinan ketiga ini berakhir.

“Harap tiada lagi f1tn4h dan hinaan di luar sana kepada saya. Saya hanya manusia biasa yang tak lepas dari dugaan dan cubaan hidup ini.

“Ini bahagian saya. Saya terima segala ketentuan dan takdir yang sudah tertulis untuk saya… hanya reda dan pasrah yang dapat saya ucapkan.

Fiza kongsi berita pencer4ian di laman Instagram.

“Harap jangan dih1na saya lagi… doakan yang baik-baik untuk saya dan anak-anak,” tulisnya menerusi Instagram pada Isnin.

Fiza berkahwin dengan duda anak dua, Aizat Al Jefri sejak Disember tahun 2016.

Menerusi perkahwinan ketiga itu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata Siti Aleena Adra atau Baby Aleena kini berusia hampir tiga tahun.

“Saya ambil masa untuk merungkaikan hal sebenar. Ia bukan mudah tapi baru saat ini saya ada kekuatan untuk mendedahkan status diri. Kami bercer4i talak satu. Saya dicer4ikannya menerusi aplikasi WhatsApp.

“Punca atau sebab kenapa kami berpisah itu, biarlah saya simpan dan tanggung sendiri. Saya tak mahu membuka aib sesiapa.

“Saya sedar dengan status pernah berkahwin tiga kali, pasti ada yang akan memandang serong. Namun saya hanya manusia biasa, yang tak lepas diuji. Saya tak hidup dek puji, tak m4ti dek keji,” katanya.

 

Mata meng4ntuk, tapi tak boleh nak tidur. Otak seolah olah berjalan memikirkan itu ini termasuklah nasib saya!

FIZA HALIM

PELAKON

Dalam pada itu itu, Fiza mengakui awalnya sukar untuk dia menerima hakikat sudah kembali hidup sendiri.

Namun dia bangkit untuk kembali membesarkan anak-anak dan melalui ujian ini dengan hati tenang.

“Mata meng4ntuk, tapi tak boleh nak tidur. Otak seolah olah berjalan memikirkan itu ini. Termasuk nasib saya. Saya hilang arah dan terkapar kapar memikirkan pengakhiran hidup nanti bagaimana.

“Namun saya bersyukur ada yang datang membuka jalan untuk menggalakkan diri menyertai cabang kerja baru… mungkin saya akan mempertimbangkan kerja itu.

Fiza bersama tiga anaknya.

“Cuma saya belum terfikir nak berlakon atau bernyanyi semula setakat ini. Selama ini pun, saya juga membuat ulasan produk dan perkhidmatan di Instagram. Saya juga terbuka jika ada tawaran bergelar duta selepas ini,” ujarnya.

Untuk rekod, Fiza mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, namun bercer4i pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12.

Fiza seterusnya berkahwin dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Adam, pada September 2013. Perkahwinan kedua juga tak dapat diselamatkan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝓕𝓲𝔃𝓪 𝓐𝓫𝓭𝓾𝓵 𝓗𝓪𝓵𝓲𝓶 (@fizahalimofficial)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar