Didakwa Meng4ibkan Keluarga Sendiri, Chef Wan Minta Maaf. Sekali Bekas Isteri cakap Chef Wan tak bersalah

Selebriti cef terkenal, Datuk Redzuwan atau lebih dikenali dengan panggilan Chef Wan meminta maaf jika beliau dianggap seperti mahu menga1bkan keluarga sendiri selepas mended4hkan pelbagai isu mengenai pernikahan anaknya, Serina.

Menurut Chef Wan beliau bertindak sedemikian selepas Serina sendiri umumkan pernikahannya tanpa pengetahuannya dan ia sebagai penjelasan kepada semua sebagai bapa.

“Ucapan terima kasih tidak terhingga to all my fans for all their encouraging words asking me to be strong.

“My apology juga to those who think saya a1bkan anak sendiri.

“For me as her nikah was already announced on the IG naturally I had to explain the truth,” katanya.

Chef Wan membuat permohonan maaf itu di akaun Instagram miliknya.

Tambahnya apa proses pernikahan sekalipun, Chef Wan agak kecewa apabila mendakwa Serina dan suaminya pegawai p0lis, Meor Mohammad Aidid cuba menipu atau menyembunyikan sesuatu.

“Nikah sempadan tak berdaftar ke nikah di Siam ke the honest truth is already done probaby months ago while he is still married to the first wife.

“Depan saya dua-dua tipu saya hidup-hidup berlakon minta restu konon. Dah Nikah tu mengaku aja lah kan.

“Tuduh orang fitnah nak rosak keluarga dan sebagainya to cover their asses for what? Bangkai gajah tu lama-lama pun bau busuk.

“As a celebrity my life is like an open book these days. Buat perkara itu semua hanya malu kan saya,” jelasnya lagi.

Tegas Chef Wan lagi, urusan pernikahan itu sepatutnya tidak membelakangkan ibu bapa.

“Jangan membelakangkan emak bapak dengan urusan nikah dan kahwin ini. Banyak betul cerita yang kita dengar di akhirnya hidup mereka tak selamat.

“Be respectful of Ibu dan bapa kita,” nasihanya lagi.

Terdahulu, Chef Wan meluahkan rasa kecewa apabila hanya mendapat tahu mengenai pengumuman pernikahan anaknya, Serina daripada kakaknya. Beliau turut mended4hkan pasangan itu bernikah di Thailand.

Ia susulan selepas Serina mengumumkan sudah melangsungkan pernikahan dengan Aidid. Serina turut menafikan mereka bernikah di Thailand, sebaliknya ia dijalankan di Perlis.

Dia turut menafikan Aidid berstatus suami orang sebaliknya adalah seorang duda.

Sebelum ini, Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010.

Bagaimanapun, mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saffiya, 10.

“Aidid kahwin dengan Serina ketika masih suami saya yang sah.” -Bekas isteri

Nampaknya kontroversi perkahwinan anak kepada chef selebriti terkenal, Serina Redzuawan dengan seorang pegawai p0lis berpangkat inspektor dikenali sebagai Meor Muhammad Aidid Meor Jamaluddin semakin hangat.

Bekas isteri beri kenyataan

Kali ini, bekas isterinya yang dikenali sebagai Nur Hamizah Shaffee, 34 telah tampil mengeluarkan kenyataan pula. Menerusi Mstar, Hamizah memaklumkan pasangan tersebut telah bernikah ketika dia dan Aidid masih suami isteri.

Wanita yang juga seorang pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi di Perak memaklumkan mereka bernikah tanpa kebenaran isteri pertama.

Pada 9 Mac yang lalu barulah dia dan Aidid sah bercerai selepas enam tahun mendirikan rumah tangga tanpa kehadiran cahaya mata.

Bahagia & tiada masalah

Tambah Hamizah lagi, hubungan perkahwinan mereka sebenarnya tiada sebarang masalah dan masing-masing memahami pekerjaan dan tugas yang digalas serta kadang-kala terpaksa berjauhan atas faktor kerja.

“Sebenarnya, hubungan saya dengan bekas suami tiada sebarang masalah dan kami jalani kehidupan bahagia biarpun kadangkala berjauhan kerana tugas masing-masing,” kata Hamizah

Masih lagi isteri ketika mereka berkahwin

Selain itu, wanita tersebut menyangkal status Aidid yang dikatakan bergelar duda ketika menikahi Serina kerana ketika mereka berkahwin dia masih lagi isteri yang sah kepada lelaki itu.

“Saya cuma nak bersihkan nama keluarga, sebab tu saya beritahu perkara sebenar. Saya tak tahu kenapa mereka (Serina dan Aidid) perlu menipu. Memang benar Aidid berkahwin dengan Serina ketika dia masih suami saya yang sah,” jelasnya

Dah nikah Februari?

Hamizah juga memaklumkan bahawa pada awalnya dia mahu berdiam diri sahaja, akan tetapi dia terpaksa bersuara kerana Serina mengeluarkan kenyataan yang salah.

Dia juga menyatakan bahawa Aidid telah memaklumkan kepadanya mengenai pernikahan tersebut pada 18 Februari 2021.

“Ikutkan saya nak berdiam diri sahaja, tapi apabila dia (Serina) beritahu perkara tidak betul, saya perlu bersuara. Saya syak mereka bernikah pada minggu ketiga Februari.”

“Pada awal 9 Mac lalu, saya diceraikan dengan talak satu. Cukup sebulan kami bercerai, Serina kongsi berita perkahwinan.”

Ada cuba hubungi Chef Wan

Diakhir kenyataannya, dia memberitahu pernah mencuba menghubungi Chef Wan, namun panggilannya tidak diangkat.

Dia menengaskan bahawa Chef Wan langsung tidak bersalah dalam hal ini kerana dia memang tidak tahu apa-apa fasal pernikahan anaknya.

“Saya ada hubungi Chef Wan untuk jelaskan hal ini tapi tak berjawab. Dia tidak tahu apa-apa fasal pernikahan mereka.”

“Chef Wan langsung tak salah dala hal ini…saya harap netizen pun jangan menilai dengan membaca cerita satu pihak (Serina) sahaja,” ulasnya.

Kontroversi berkenaan perkahwinan Serina telah tular di media sosial apabila bapanya, Chef Wan mended4hkan tidak tahu bahawa anak perempuannya sudah bernikah lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.

Lebih mengeruhkan keadaan ada dakwaan mengatakan mereka sudah bernikah di Siam terlebih dahulu sehingga Chef Wan meluahkan ras hatinya di laman sosial.

Sumber: Mstar (Nur Asyikin Mayudin)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://trendingsangat.pw/2021/04/didakwa-meng4ibkan-keluarga-sendiri-chef-wan-minta-maaf-sekali-bekas-isteri-cakap-chef-wan-tak-bersalah/