Ifan Seventeen Selamat Bertunang

Sebelum ini, Ifan Seventeen pernah memaklumkan dia akan menikahi Citra Monica pada sekitar pertengahan tahun ini. Malah, dia turut berkongsi persiapan yang bakal melangkah ke fasa seterusnya bersama cinta hati.

Terbaru, penyanyi kumpulan Seventeen itu telahpun sah menjadi tunangan kepada Citra Monica dan berita itu dimaklumkannya sendiri menerusi laman Instagram.

Dah bertunang

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Riefian Fajarsyah (@ifanseventeen)

Menerusi kapsyen ringkas yang dikongsinya hanya memaklumkan dia dan Citra Monica telah sah bertunang. Ifan sebelum ini telah berkongsi foto dengan memperlihatkan sembilan buah dulang hantaran berwarna putih untuk di bawa ke acara pertunangan mereka.

Terima kasih semua

Ifan dan Citra Monica turut menzahirkan ucapan terima kasih buat semua keluarga dan rakan yang sentiasa membantu bagi melancarkan acara pertunangan mereka. Menerusi video IG Story yang dimuat naik Ifan, kelihatan Citra turut menunjukkan sebentuk cincin yang telah disarungkan pada jari tengahnya.

Alhamdulillah, acara melamar hari ini selesai. Terima kasih buat semua yang datang. Terima kasih buat teman-teman, keluarga, sahabat. Terima kasih buat semua yang mendoakan kami.

Bapa Mendi4ng Isteri Hadir Ke Majlis Pertunangan, Ini Reaksi Ifan Seventeen!

Vokalis kumpulan band pop Indonesia, SEVENTEEN, Ifan meluahkan rasa terharu apabila majlis pertunangannya dihadiri bapa mendiang isterinya, Dylan Sahara.

Ifan Seventeen atau nama sebenarnya Riefian Fajarsyah secara rasminya telah bertunang dengan Citra Monica pada 6 April.

Ifan Seventeen kini bersedia membuka lembaran baru, setelah pemergian isterinya, Dylan Sahara, yang meninggal dunia dalam bencana tsunami di daerah Anyer, Pandeglang, Banten, pada 22 Disember 2018.

Meskipun Dylan Sahara sudah tiada, Ifan Seventeen masih menjaga hubungan baiknya dengan keluarga Dylan. Majlis pertunangannya turut dihadiri oleh ayah mendiang Dylan, Supriyanto.

“SAYA BENAR-BENAR TERHARU. SEJUJURNYA, PAPA TIBA DI JAKARTA PAGI INI. MALAM TADI , DARI PONOGORO, DIA MEMBAWA KERETA BERSAMA PEMANDU.”- IFAN SEVENTEEN

Kehadiran bapa Dylan Sahara juga mengurangkan kesedihan Ifan Seventeen kerana ibu bapa kandungnya tidak dapat hadir menyaksikan momen penting itu.

“DIA DATANG KERANA DIA TAHU IBU BAPA SAYA TIDAK DAPAT DATANG. SAYA JUGA MEMINTANYA UNTUK DATANG. SAYA BENAR-BENAR TERHARU.”- IFAN SEVENTEEN

Ifan Seventeen turut menyatakan bahawa Supriyanto benar-benar memahami cara hidup setiap orang yang telah digariskan. Dengan berbuat demikian, dia menganggap ayah mendiang siterinya memberkati niat baiknya untuk berkahwin dengan Citra Monica.

“DIA JUGA TAHU BAHAWA KEHIDUPAN TIDAK DAPAT DIATUR, TIDAK DAPAT DIRANCANG, YANG PALING PENTING, DIA MENGANGGAP SAYA SEBAGAI ANAK WALAUPUN DIA BAPA DYLAN.”- IFAN SEVENTEEN

Sumber: Ifan Seventeen

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Oh bulan Via Murai my