[VIDEO] “Sweet Macam Semut” Wan Emir Cuba Buat Surprise, Netizen Teruja Lihat Reaksi Mira Filzah!

Semakin hari semakin manis melihat pasangan merpati sejoli ni.

Nampaknya sudah hampir 7 bulan pelakon dan pengacara terkenal Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar diijabkabulkan.

Mengikuti perkembangan terbaharu mereka, baru-baru ini Wan Emir membuat kejutan kepada Mira, yang juga hasil kolaborasi beliau bersama sebuah jenama pakaian wanita!

Melihat di dalam video berkenaan, Wan Emir memberitahu bahawa dia mahu membuat kejutan kepada Mira, siap melakukan babak  ‘unboxing’ sekali!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

Akan tetapi lucu pula bila melihat reaksi Mira bila kena surprise dengan Wan Emir, muka nampak sangat terkejut dan tidak sangka suaminya boleh lakukan kejutan seperti itu.

Alahai comelnya, walaupun nampak macam malu-malu dan kekok di situ tapi effort Wan Emir memang A++!

Meninjau di ruangan komen, ramai yang memuji sifat romantis Wan Emir, malah ada juga yang mengatakan ada penampakan baby bump di perut Mira. Wow!

Kalau betul Mira dah mengandung, sama-sama kita doakan agar kandungan Mira berada dalam keadaan yang baik dan sihat. Amin!

Sumber : Instagram Mira Filzah

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : hotfm via MetroKini