Ini Respon Noor Nabila Selepas Ramai Nak Tahu Adakah Betul Dia Sudah Bertunang Dengan Engku Emran

Hangat diperkatakan di media sosial apabila kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa, Noor Nabila tiba-tiba menjadi bualan ramai sejak semalam di forum hiburan dan Twitter.

Hal itu gara-gara dakwaan segelintir pihak yang mengaitkannya dengan bekas suami pelakon jelita Indonesia, Laudya Cynthia Bella, Engku Emran.

Bagaimanapun, Nabila tampil menyatakan tiada apa yang perlu diulas dalam tempoh ini.

” Saya belum ada apa-apa nak komen sekarang,” kata Noor Nabila.

Ringkas jawapan kakak Neelofa, Noor Nabila apabila diminta mengulas gosip bertebaran konon bertunang dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin yang menarik minat orang ramai untuk mengetahui cerita sebenar.

Nabila dikatakan mula intim dengan Engku Emran apabila masing-masing berkongsi minat sukan berbasikal melalui paparan foto dalam laman sosial.

Malah, foto Engku Emran yang dikatakan menyertai majlis usrah bersama Ustaz Wadi di kediaman Nabila, tular.

Bagaimanapun, status hubungan mereka belum dis4hkan.

Lantas, jawapan ringkas diberi Nabila melalui aplikasi WhatsApp kepada BH Online, bagai terus men1ngg4lkan tanda tanya apa sebenarnya yang terjalin dalam hubungan mereka.

Semakan di Instagram (IG) Nabila mendapati, usahawan dan penerbit itu menjadi pengikut Engku Imran di media sosial sama.

Bagaimanapun, Engku Emran tidak mengikuti Nabila di IG.

Nabila bercrai dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga. Mereka dikurniakan anak lelaki diberi nama Jebat Jayden.

Engku Emran juga berpisah dengan Laudya Cynthia Bella, Julai tahun lalu, selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Terdahulu, Engku Emran berkahwin dengan aktres, Erra Fazira dan dikurniakan cahaya mata, Engku Aleesya.

Dalam pada itu rata-rata netizen meluahkan perasaan gembira seandainya k0ntroversi yang sedang berlaku ini adalah benar. Netizen turut mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Di Facebook, rata-rata netizen men1ngg4lkan komen bahawa mereka gembira sekiranya pasangan tersebut sedang mengenali satu sama lain.

Tambah netizen, kedua-dua mereka mempunyai status yang sama iaitu duda dan jnda. Jadi, tidak ada salahnya sekiranya mereka mahu bercinta.

Ini pula respon Sharnaaz Ahmad

Sementara itu pelakon Sharnaaz Ahmad, 36, enggan mengulas lanjut mengenai spekvlasi yang melibatkan bekas isterinya, Noor Nabila Mohd Noor dan Engku Emran.

Ketika dihubungi Gempak, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata itu adalah hak Nabila jadi lebih baik untuk dia tidak mencampuri urusan berkenaan.

” Saya tak nak komen apa-apa. Itu hak Nabila,” katanya secara ringkas.

Sumber:hmetr0 dan gempak

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : TTK