Raffi Ahmad berjaya ubah perangai manja isteri, Nagita Slavina mengaku dulu pem4las

ISTERI kepada Raffi Ahmad iaitu Nagita Slavina berkata kehidupannya banyak berubah selepas mendirikan rumah tangga dengan pengacara terkenal Indonesia itu pada tahun 2014.

Menurut Nagita, Raffi berjaya mengubahnya daripada seorang wanita yang manja menjadi seorang isteri yang berdikari dan kuat bekerja.

“Dahulu saya dibesarkan oleh mama, agak dimanja… setelah bernikah dengan Raffi, dia mengajar saya banyak hal.

“Bagaimana harus bekerja dan memaksimumkan apa yang kita ada, bakat yang kita ada, itu semua atas dorongannya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Raffi Ahmad and Nagita Slavina (@raffinagita1717)

“Sejujurnya saya orangnya agak pemalas, jadi semasa kecil cita-citanya tak jauh, cuma mahu jadi suri rumah tangga… tak mahu kerja, lulus kuliah kemudian kerja dan selepas nikah hanya akan di rumah,” katanya.

Nagita berkongsi mengenai perkara itu semasa menjadi tetamu program Seribu Kali Cinta The Series.

Dalam pada itu, Nagita berkata dia bahagia menjalani kehidupan sebagai isteri meskipun perlu bekerja dan menguruskan hal rumah tangga.

Lebih-lebih lagi selepas mendapat sokongan penuh daripada suami tercinta.

“Ternyata saya boleh buat dua-duanya. Itu hasil sokongan dari Raffi,” ujarnya.

SUMBER: Liputan6

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar